MPSP: Yen Yen Mahu Kami Langgar Undang-Undang?

Editor by Wilhelmina

Apa beza Kerajaan dan Parti.

Sesungguhnya penggondolan minda atau brainwash secara sistematik oleh pakar-pakar dalam bidangnya di dalam Umno/BN terhadap rakyat Malaysia selama puluhan tahun berlalu dan masih bergerak hingga kini
Sesungguhnya telah membawa kesan dan pengaruh yang besar dalam “whirl of emotion political “khususnya kepada kumpulan Melayu luar bandar dan kumpulan fanatik nya yang digelar ‘ultra melayu’.Untuk terus menyokong survival Umno/BN

Kita membaca di blog-blog atau media sosial FB dan Twitter-Tentang kesan ‘brainwash’ disebut diatas betapa begitu keliru kakitangan awam dan pengundi melayu yang kurang dapat informasi selain akhbar2 perdana dan media TV yang terang2 sebagai alat propaganda “whirl of emotion political ” hingga tidak dapat bezakan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti BN ( KLIKūüôā.

Begitulah seterusnya rakyat dikaburkan perbedaan antara jenayah rasuah kolar putih yang melesapkan jutaan hingga billion ringgit dana kepentingan rakyat dan songlap  harta hasil makhsul negara mereka faraidkan sesama mereka -Maka apabila skandal ini dibongkar oleh pimpinan Pakatan Rakyat.maka pimpinan UBN berdalih ianya menabur dendam kebencian rakyat kepada UBN


http://4.bp.blogspot.com/-T7TLD4TY3T0/UQyZPdczskI/AAAAAAABH9U/M90g_MrfKCI/s1600/dosa+umno1.png

 Guna Dana rakyat sewenangnya.


 NONE

 

Dan yang terbaru bagaimana seorang Menteri Pelancongan Ng Yen Yentelah membuktikan sahihnya  argumen kita diatas .Beliau ingin mengelirukan makna persepahaman perlembagaan dan perundangan antara negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu dalam mentadbir negeri masing2..Kuasa Undang-Undang Kerajaan Tempatan yang berhak memberi izin -lesen atau merampas suatu spanduk-banner yang diletakkan atau dipamerkan tanpa lesen sah Kerajaan Tempatan tersebut.

Dalam isu banner atau kain rentang yang dipamerkan dengan gambar PM Najib hampir diseluruh negara sempena menyambut Tahun Baru Cina- tidak pernah terjadi seperti ini dahulu dikala BN kuat pengaruhnya– Jika ada hanya dipamerkan oleh pihak pengurusan Pasaraya dan Mall untuk jualan murah beserta ucapan selamat Tahun Baru Cina.

[Pekerja MPSP sedang menurunkan spanduk ]

Teringat kita semasa berkuasanya Saddam Hussein dan Mao Tse Tung dimana saja jalan dan bangunan akan terpampang wajah-wajah dan patung monumen mereka.

Apatah lagi dalam sebuah negara demokratik,banner serta kain rentang dibena tidak seharusnya membelanjakan wang rakyat yang besar untuk berkempen sebelum tarikh pilihanraya diishyitiharkan. Perbelanjaan sebesar apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional, pada pendapat kita , juga bercanggah dengan undang-undang yang sedia ada, dan SPRM seharusnya mengawasi kempen yang berat sebelah ini.

 Dengan kempen yang sudah dimulakan dengan dana rakyat, ini adalah tidak telus kerana wang kerajaan adalah dari titik peluh rakyat.

¬† Para pemimpin UBN seharusnya juga sedar mereka mungkin akan¬† menjadi pembangkang pula. Dalam sebuah negara demokratik, ini tidak mustahil! Jadi jangan terlalu angkuh atau cuba memperdayakan¬† masyarakat Cina dengan ‘wish-wish’ hipokrit tersebut



MPSP: Yen Yen mahu kami langgar undang-undang?

Majlis Perbandaran Seberang Perai menyelar menteri pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen kerana didakwa tidak menghormati undang-undang dan menghina pekerja yang menurunkan kain rentang ucapan Tahun Baru Cina perdana menteri di kawasan berkenaan.

Seorang ahli majlisnya, Steven Sim berkata Ng bukan sahaja menghina kebijaksanaan rakyat Pulau Pinang tetapi juga pekerja MPSP yang hanya menjalankan tugas mereka pada har itu.

“Sebagai seorang menteri, Ng sepatutnya lebih tahu bahawa undang-undang mesti dipatuhi.

Adakah dia bermaksud bahawa tiada apa-apa jika langgar undang-undang, hanya kerana ia melibatkan PM, atau Najib?,” soalnya ketika dihubungi.

Beliau menjelaskan bahawa MPSP menurunkan kain rentang dengan gambar Najib itu kerana ia dipasang tanpa mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan.

“Adakah Ng berkata pekerja itu salah kerana menjalankan tugas? Beliau patut meminta maaf kepada MPSP dan pekerjannya atas kenyataan menghinanya yang mengkritik tugaas rasmi MPSP,” katanya.

Sim berkata tindakan sama turut dikenakan ke atas kain rentang haram lain dan tiada kaitan dengan BN atau Najib.

Tambahnya, pekerja MPSP hanya menjalankan tugas biasa mereka di sekitar kawasan Bagan apabila terlibat kain rentang haram yang dinaikkan oleh BN.

Sebanyak 971 kain rentang, termasuk 678 dengan gambar Najib, diturunkan dalam operasi pada hari itu, katanya.MalaysiaKini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s