Kenapa Begitu Berkuasa nya Mahathir ? Men-Catur-kan ‘Expedient’ Politik Malaysia.


Written and Editor by Wilhelmina


TEROPONG SUSUR DINI HARI.

Menjelang tabir PRU-13 dibuka dan Pesta Demokrasi akan bermula-Banyak isu-gossip-kes yang berlaku di negara tercinta ini Malaysia.-sampai tak cukup ruang forum nak bincang semua isu-isu tersebut.

Namun yang menarik minat saya melakarkan tulisan disini adalah tentang sepak-terajang serta pola-tingkah sang mantan Mahathir Mohamed yang tiada kesudahan ‘tangan2 ghaibnya”.untuk men-catur-kan suasana politik di negara kita menjadi haru-biru serta huru hara dibuatnya baik untuk UBN atau PR sekalipun.

Beberapa hari lepas Mahathir kembali menemplak PM Najib TR sebagaimana yang pernah dilakukannya terhadap mantan PM Tun Abdullah Badawi.


Dr Mahathir berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke-12 dahulu.

“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara sahaja.[1]

Dan yang terbaru ‘follow up” ucapan beliau diatas  yang “moral storynya” tidak lebih kurang hanya untuk menantang PM Najb serta menjatuhkannya dan akan menaikkan (JIKA BN menang nanti) TPM Muhyidin jadi PM –


” Mahathir Mohamad menggesa ahli Umno supaya mengundi calon-calon UBN tidak kira siapa mereka itu. Katanya jangan peduli siapa calon undi saja sebab hendak menang. “Kita pilih siapa saja calon UBN kerana kita hendak menang,” katanya.

Kemenangan perlu apa lagi dengan undi besar. Sebab katanya kalau UBN menang kecil mereka (Pakatan Rakyat) akan tunjuk perasaan hari-hari.

Rayuan dan penegasan Mahathir itu menjelaskan sesiapa calon dari UBN perlu dipilih. Ini bermakna yang perlu dilihat ialah parti bukannya peribadi calon.

Kenyataan Mahathir ini bertentangan dengan hasrat Najib Razak yang mahukan calon-calon Umno yang berintegriti, bersih dari rasuah, jenayah dan skandal. Mana-mana bakal calon yang tidak lepas tapisan SPRM tidak akan diambil untuk bertanding. Dalam Umno mereka menjadi SPRM sebagai Majlis Syura Ulama kalau di dalam PAS.[2]

Sesungguhnya begitulah watak dan ‘ performance’nya sang mantan Mahathir -selagi pintu kubur belum terbuka buat beliau.Maka percaturan politik Malaysia akan berada dibawah telunjuknya

Kenapa begitu berkuasa nya Mahathir ?


(FOTO :Rais Yatim tabik daulat kepada Mahathir)

Semasa beliau memegang tampuk kuasa semua orang-orang disekitarnya akan dibiarkan makan rasuah baik projek ikan bilis hingga peringkat ‘jerung’,semua makan ,pandai makan pandai simpan.

Namun semua rahsia kejahatan  pimpinan UBN ada dalam fail simpanannya.Semua fail-fail menteri beliau pegang dan fail itulah dijadikan modal ataupun senjata dia mengugut tokoh-tokoh Umno/BN supaya bersujud tunduk  atau jangan coba2 melawannya ketika beliau berkuasa dulu hingga kini.

Sebut saja beberapa nama yang terpaksa ‘akur tunduk’ sampai kini kecuali Tengku Razaligh  Hamzah dan Datok Seri Anwar Ibrahim.seperti; Shafei Afdal, Hishmuddin Hussein Muhyiddin Yassin juga ada, Zahid Hamid apa lagi, disebabkan fail berwarna pink bertanda RAHSIA itulah menyebabkan bekas ketua pemuda itu lintang-pungkang lari ‘dari kem Anwar Ibrahim dan berselindung ke kem Najib/Mahatir semula semasa Anwar sednag menghadapi saat-saat kritikal bila dipecat Mahathir.

Itu masalah dalaman Umno, lantak pi kat dia Hanya sebagai penonton drama Sinetron UBN episod terakhir di tayangan perdana PRU-13 InsyaAllah ,Saja kita sama-sama  tengok nanti bagaimana rupa paras calon-calon yang akan bertanding atas tiket Umno . Apakah ia calon yang sudah ditapis ataupun calon yang langsung tidak ditapis. Kalau banyak calon yang tidak dilapis bertanding ini bermakna Mahathir Mohamad ternyata lebih berkuasa dalam menentukan calon daripada Najib. Desas desus mengatakan Mahathir telah mengambil alih kuasa Najib bersama Muhyiddin sangat jelas dan nyata sekali.

Dan untuk itu “KITA” rakyat Malaysia tanpa sempadan politik & agama “KITA” perlu melakukan perkara yang sangat penting untuk dilakukan…iaitu kita tolak sahaja UMNO dan BN dalam pilihanraya ini sebelum Negara dan KITA hancur dikotak-katik kan mereka lagi.
Kita hanya mempunyai masa dua bulan sahaja untuk melakukan kerja yang baik untuk masa depan negara. Rakyat harus berpakat-pakat untuk membetulkan kembali landasan perjuangan rakyat dalam negara kita yang sepatutnya sebuah negara demokrasi ini.

Jangan segan silu untuk bertindak dan jangan merasa takut untuk melakukannya. Lagi kita merasa takut lagi mereka (UMNO) ini akan menekan pemikiran rakyat sehingga tidak ada lagi rakyat yang boleh berfikir dan mempertahankan nilai kemanusiaan yang di berikan akal dan fikiran oleh AllahSubhanahu Wata’ala.

InsyaAllah. Kemenangan Bersama Kita.

https://helmysyamza.files.wordpress.com/2013/02/0e6c1-dosaumno1.png


SUMBER :

[1]  http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/16461-mahathir-pecah-belah-umno-dari-dulu-hingga-sekarang-


[2] http://msomelayu.blogspot.com/2013/02/najib-dan-mahathir-tidak-sekata.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s