" TREASON" DR MAHATHIR Terhadap Negara & Pemimpin Terdahulu.


[Bapa Kemerdekaan Malaysia ; Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ]


Written by Wilhelmina



Renungan buat Anak -Bangsa Malaysia

Sebuah negara dan tamadun atau peradaban nya akan dinukilkan sejarah dunia atas jasa -perjuangan atau hasil karya anak-bangsa itu.
Begitu juga Malaysia sebuah negara pulau yang terpecah dari kepulauan Nusantara ini disebabkan sejarah imperialisme-memecah belahkan Gugusan Serumpun Nusantara ini-Juga memiliki  sejarah serta pemimpin yang disegani dan dihormati dunia.

[Burhanuddin Al-Helmy]


Pada episod kali ini saya akan menyentuh sekilas seorang yang kita hormati dan kita banggakan sebagai Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman AlHaj.
Saya bukan hendak menulis” biography “Almarhum Tunku.Cuma sebagai anak-bangsa yang mengenang jasa pemimpin nya dan mempelajari sejarah pemimpin2 dunia-Kita patut berbangga pernah punya pemimpin seperti beliau.

Tiada “gading” yang tak retak- Tiada manusia yang alpa dari dosa dan kesilapan.



[ DR JOSE RIZAL]

Jika rakyat Philipina bangga punya pejuang Jose Rizal – Bangsa Indonesia dengan Sukarno ,India dengan Mahatma Gandhi- Apakah kita tidak berbangga dengan Almarhum Tunku AbdulRahman Alhaj ?
Walau sebenarnya kita punya pejuang dan pemimpin yang patut dikenang juga seperti Almr; Burhanuddin AlHelmy, Almr:Ahmad Bustamam,Almr; Tok Janggut (sekedar sebut beberapa nama)
Sedangkan pejuang ini tidak pernah kita kenang jasanya apatah lagi hendak memberi pingat  pejuangan.Begitu juga  Almr ;Tunku yang hanya kita ingati saat menyambut Hari Kemerdekaan sahaja.

[ SUKARNO ]

Namun kini Almr;Tunku bukan dikenang sebagai jasanya kepada negara Malaysia .Tetapi beliau dijadikan sejarah ‘kambing hitam’ atas ‘dosa” yang bukan dilakukannya.Jika betul pun ‘kesilapan’ itu berlaku..Ia adalah sebuah sejarah anak-bangsa Malaysia yang tak akan dapat dihapus walau dengan “darah” sekalipun.



Almarhum Tuanku dijadikan ‘kambing hitam ‘ oleh Mahathir Mohamed  apabila kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) tentang pemberian i/c warganegara kepada pendatang asing di Sabah

Mahathir yang terkenal dengan sifat licik-curang- adu domba -semakin terdesak dan begitu malu  apabila penyiasatan RCI menjurus akhirnya kepada beliau.

Begitu desperate..nya Mahathir beliau berhujah agar kerajaan juga perlu  menyiasat Tunku Abdul Rahman yang telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu Padahal Mahathir tahu semua itu terjadi  kerana ia merupakan pra-syarat bagi penubuhan negara Malaysia Merdeka   . Pemberian kerakyatan itu juga diberikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam pemerintahan imperialisme British  dahulu.


[Tongkang Pelaut China doeloe-doeloe ]


Sebuah pengkhianatan.

 Apakah yang ada di benak Dr Mahathir yang mungkin sudah begitu ‘parkinson’ hingga sanggup mencoreng ‘arang hitam ‘ sejarah kepada Almarhum  Tunku dalam hal ini .Padahal rakyat Malaysia faham situasi itu sangat jauh berbeza dengan apa yang Mahathir lakukan itu.

                            [ Sketsa Doeloe-Doeloe ]

Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah pra-syarat yang  ditetapkan oleh British untuk meng-anugerahkan kemerdekaan untuk negara. Dan Tunku terpaksa ‘akur’ akan pra-syarat tersebut demi Kemerdekaan Malaysia ,walau Tunku faham akan putar-belit penjajah ini hanya untuk survival British semata.



Bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari, berkata, Akta Hasutan boleh dikenakan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoal kedudukan orang Cina dan India yang diakui perlembagaan.

Terdahulu, Aziz berkata, pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj adalah berdasarkan kepada kontrak sosial yang dipersetujui Umno sendiri.



“Ia adalah asas kepada penerimaan mereka terhadap kedudukan istimewa Melayu di bawah perkara 153 di bawah Perlembagaan Persekutuan,”


.“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,”

“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,” katanya.


Menurutnya, prinsip Jus soli yang digunapakai pada masa itu membenarkan seseorang mendapat status warga negara di tempat mereka dilahirkan.


“Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan,” tambah beliau.


“Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,” ujarnya dalam satu kiriman emel kepada Keadilan Daily(20/01/2013).



Sesungguhnya Tuanku setuju memberikan kerakyatan kepada etnik China dan India waktu itu demi membina sebuah negara Merdeka Walau mendapat tantangan dari kelompok pejuang yang ingin Malaysia merdeka total seperti Indonesia

Jauh bebeza tindakan  Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara Malaysia demi survival Umno/BN  Kad pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu  secara taktikal adalah   meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Merenung kembali polemik yang dicetuskan Mahathir ini .Sudah sampai masanya  kita rakyat Malaysia sadar dari tidur lena yang panjang atas segala tindakan permainan politik berbahaya oleh Mahathir dan kroni serta ejen2nya untuk membawa Malaysia ke lembah kehancuran


Kita perlu siasat secara terperinci siapa dan apa yang ada dibenak Mahathir atas kapasiti kesetiannya sebagai warganegara Malaysia Hingga sanggup menghina dan mengheret pemimpin besar negara yang sudah “wafat” kedalam kemelut politik yang diciptanya sendiri.

 Jika dinegara luar seperti China dan Indonesia ,tindakan Mahathir ini dilabel sebagai ” treason ” atau ” pengkhianatan ” yang sudah tentu akan ditindak dengan hukuman yang sangat berat

Dalam kontek di Malaysia beliau tidak boleh lari dari segala kesalahan terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan ‘survival” politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan  ‘treason’ yang sangat berbahaya baik dari sudut demokrasi bahkan perundangan sesebuah negara.

Written Anda Editor by Wilhelmina.
Photo-Photo by Google Image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s