Mohd Zin, Dan UMNO/ BN Selangor Perlu Dihukum Dengan Lebih Berat Pada PRU13 Nanti!

Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami’

Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008.

“Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008.
“Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf,” katanya.

Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP,” katanya lagi.

Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion.

“Hari ini kita minta secara telus – secara kompeten, akauntabel,dan telus – supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion.

“Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik.

“Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?” tanya beliau.

Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor. -mk

Nota Wilhelmina :

Permintaan Mohd Zin supaya jangan diungkit isu lampau sekaligus mengesahkan bahawa beliau mengakui hal tersebut adalah BENAR.

Taktik berpolitik ” apologys ” Mohd Zin ini telah lama dikenali oleh rakyat Selangor khususnya pengguna prepaid Celcom .dimana ia telah mengantar beberapa ayat2 minta maaf serta sokong BN Selangor di PRU-13 nantinya.

Dan seorang blogger terkenal IkutSukaAku – Isa@blogspot.com pernah menulis sumpah laknat kepada Mohd Zin dan Celcom Malaysia kerana mengantar pesanan berbau politik kepada permaisuri beliau .


Memang UMNO BN Selangor telah dihukum oleh rakyat pada tahun 2008. TETAPI ketika itu rakyat belum tahu kes pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor.

Kini kekotoran pemerintahan UMNO BN terus terbongkar, dan adalah wajar rakyat menghukum UMNO BN Selangor sekali lagi dengan pukulan KO supaya ia tidak bangkit-bangkit lagi.
SUMBER :

http://greenboc.blogspot.com/2012/12/hello-mohd-zin-umno-bn-selangor-perlu.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s