Amanat Tuan Guru Haji Hadi tidak pernah kafirkan Umno

Amanat Haji Hadi tidak pernah kafirkan Umno

Petikan ucapan Datuk Seri Haji Hadi Awang yang dinamakan sebagai ‘Amanat Haji Hadi’ tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi ‘amanat’ itu adalah “putar-belit media Umno” semata-mata.

“Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan ‘amanat’ oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS,” kata YB Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

“Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

“Inilah yang dikatakan putar belit media Umno,” katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.


Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

“Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir,” katanya.

Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri.

“Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir,” tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan ‘tahniah’ kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan ‘tauliah’ kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk ‘Tidak halang selebriti berceramah di masjid’.

Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor. -mk [1]

Nota Wilhelmina :

Isu Amanat Haji Hadi mula memanas kembali kerana dimunculkan oleh lidah khalifah UMNO yang merangkap jawatan Mufti Perak Mufti Perak Harussani Zakaria

( FOTO :Mufti khalifah UMNO yang tidur panjang selama 30 tahun)

Kita hairan bin ajaib kenapa isu dibangkitkan Mufti Perak ini disaat PRU-13 menjelang tiba..Sudah tentu ada ‘muslihat’ khalifah penyambung lidah ” UMNO ini-Samada untuk kepentingan ‘survive’ beliau atau  ” save one’s skin “UMNO itu sendiri.Dimana dalam jangkaan 30 tahun lebih baru khalifah UMNO ini bersuara tentang isu ‘spin’ UMNO ini.

Memang selama ini telatah dan lontaran fatwanya selalu beriringan ‘seirama’ dalam usaha mempertahankan Umno dan dalam masa sama menyerang Pas kerana terpaksa mengambil masa 30 tahun lebih untuk membuat gesaan yang dianggap boleh menyedarkan orang Melayu agar menjauhi Pas.[2]

( FOTO : BEKAS Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang ditahan di sebuah banglo di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang selepas menyampaikan kuliah, dibawa ke Balai Polis Ulu Klang oleh pegawai jabatan agama islam selangor dan anggota polis tengah malam tadi. – UTUSAN/Ahmad Zakki Jilan (ARKIB : 02/11/2009)

DR ASRI Cadang Tarik Balik Amanat

Dan berita terbaru saranan mantan Mufti Negeri Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Tuan Guru Haji Hadi menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, Kita  rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.

Sesungguhnya dua tokoh agama ini seperti persidangan merebut jawatan JKKK saja.Seorang sebagai pencadang dan seorang lagi menyokong cadangan.Hanya bezanya ditambah bumbu penyedap rasa yang memang sudah diadun oleh tangan -tangan misteri dibalik tabir UMNO/BN.

Kalaupun Abdul Hadi menarik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.

Seperti isu 13 Mei ia telah lama diditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan ‘pensedekahan’ Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.

Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; “Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat.”

Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didokong oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza idiologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno dipihak lain juga.


Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi megucapkan kenyataan itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.


Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.[3]

(Doktrin ketiga pemimpin UMNO ini jelas sekali ‘sesat dan menyesatkan -Apa komen dua tokoh dua Mufti dan mantan Mufti diatas -Kita tunggu fatwa mereka dengan sabar )

SUMBER :

[1]  http://greenboc.blogspot.com/2012/12/ayat-yang-mana-dalam-amanat-hadi-tuduh.html


[2]  http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/31-tahun-harussani-baca-kitab-bab-kafir.html

[3] http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/cadangan-tarik-balik-amanat-sia-sia-saja.html

Written anda  Editor by Wilhelmina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s