IN PICTURE : Foto2 Sekitar Penahanan Syed Hussein Alattas di PWTC


Foto : Ehsan daei blogger Uncleseekers v2

by wilhelmina .

Penulis buku dan novel yang kontroversi Syed Hussein Al-Attas atau biasa dipanggil dan dikenali dengan nama  Pak Habib -Seorang pengagum tegar perjuangan dan kepribadian King Thir (mahathir) ditahan polis ketika menjual buku kontroversi bertajuk  Setan,Syaitan,Sultan yang boleh dikategori kan  menghina serta memalukan Kesultanan & Sultan Johor di PWTC, pagi Khamis 29 November 2012 ,sempena  Perhimpunan Agung UMNO-ke 66 . Polis turut merampas 13 buah buku berkenaan.

pakhabib350

Syed Hussein kemudian di bawa ke bilik gerakan polis di PWTC untuk diambil keterangan.

Ketika ditemui, penulis yang juga bapa kepada Syed Abdullah @ Uncle Seekers memberitahu, sudah kebiasaan beliau menjual buku setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Syed Abdullah turut ditahan polis Julai lalu ekoran kontroversi ekoran penyiaran artikel dalam blognya yang menghina Sultan.Johor.
“Saya tak kisah, sudah 65 buku saya tulis. Lepas ini kena tulis novel atau kisah cinta sajalah,” ujarnya berseloroh.

Syed Hussein tidak menolak kemungkinan beliau ditahan di bawah Akta Hasutan.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur  ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku itu untuk siasatan lanjut.
Katanya, tindakan terhadap Syed Hussein hanya selepas siasatan terhadap kandungan buku tulisannya itu.

Zainuddin berkata Syed Hussein dibebaskan dengan jaminan polis dan siasatan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakan yang ada unsur fitnah.–

Dan ketika berita ini ditulis Pak Habib telah dibebaskan polis dengan ikat jamin Beliau dibebaskan polis pada petang khamis semalam, –

pakhabib1

pakhabib2

Sumber :

UncleseekersV2 @blogspot.com

http://agendadaily.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s