Seruan Pimpinan UMNO Tentang Wassathiyyah Terpesong Serta Menyesatkan Umat

Written by Wilhelmina.

Sempena menyambut Awal Muharram 1434 H-Dimana -mana di negara kita baik yang dikuasai BN juga PAkatan Rakyat meriah dengan majelis-majelis sambutan tahun hijrah itu dengan  berbagai acara..Tetapi di negeri-negeri dibawah pemerintahan PR lebih terserlah acara majlis penuh syiar-Islam  memantapkan Aqidah dan Kesatuan ummah sempena makna hijrah itu secara hakiki.

Namun di ibunegara lain ceritanya .di majelis yang sepatutnya penuh makna hijrah secara hakiki 
telah dicemari dengan sebuah seruan yang membawa ummah Islam Malaysia kepada kehidupan yang menjauhi Islam secara pemesongan dan mengelirukan minda mengelirukan minda.

 

[Contoh wasatiyah UMNO-Foto Ehsan http://omakkau.blogspot.com]

[Inikah wasthiyah yang dimaksud UMNO/Foto Ehsan http://omakkau.blogspot.com

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu rancak melakukan promosi dengan menyeru kepada “Pergerakan Kesedaran Global”. Seruan sebegini adalah seruan yang penuh kebatilan kerana secara tidak sedar ia sebenarnya mengajak umat Islam untuk berkompromi sambil bersifat ala kadar serta menyisihkan Islam di dalam banyak perkara demi menjaga kepentingan pemimpin UMNO/BN-atas apa   yang ingin ‘mereka’ capai dan perolehi [1]

Coba Anda amati dan renungkan pimpinan VIP-Wanita UMNO yang jelas-jelas telah tercela dan pupus maruah dan integriti sebagai pemimpin dari kalangan penganut Islam.Masih dibenarkan berpidato dan bersuara pada Perhimpunan PAU- Apa pandangan bukan muslim tentang hal ini?
Apakah dalam diri beliau tidak ada lagi sifat ‘malu’ yang dituntut agama Islam.
Inikah yang PM Najib mahu rakyat Malaysia semua nya bersikap ‘wasatiyah’ dalam memandang perbezaan ‘Jenayah dan Morality”..

KUALA LUMPUR 28 November: Selepas berhempas pulas menghentam dan memfitnah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dalam isu kebebasan beragama, Umno BN kini pula sanggup menutup rumah Allah demi kejahilan politik mereka.
Ia berlaku apabila Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya (UM) diarah tutup dalam minggu ini atas arahan kerajaan Umno BN.-Inikah doktrin washatiyah serta konsep negara ‘aman’
Sebagai contoh, Islam dikhabarkan sebagai agama yang “aman” serta memberikan kebebasan kepada umat Islam samada mereka hendak mengamalkan Islam atau tidak. Ini dapat difahami daripada seruan kepada umat Islam untuk mengambil jalan tengah serta bercakap di luar kotak pemikiran Islam, demi menjaga “hati” penganut agama lain. Seruan-seruan sebegini sebenarnya bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW yang menyuruh umatnya bercakap benar meskipun pahit untuk diterima. Seruan kepada pendekatan kesederhanaan ini pastinya akan lebih menjauhkan umat Islam daripada jalan yang lurus. Amat menyedihkan seruan sebegini dilakukan sempena bulan Hijrah ini. [2]

Persoalan  Islam dikhabarkan sebagai agama yang “aman”-apabila kita menghayati ucapan perasmian PAU oleh TPM Muhyidin Yasin-Tiada satu pun ayat ucapan beliau yang membawa seruan  keamana kepada ummah ini khususnya-rakyat Malaysia am nya.
Hanya tohmahan ,cacian, propaganda me-nakut2kan ummat melayu -serta persepsi negatif tentang Pakatan Rakyat- Kehendak majoritu rakyat Malaysia ingin menukar pemerintahan dari BN ke PR adalah dilindungi Undang2 Perlembagaan Malaysia -Menukar pemerintahan  dengan PRU yang adil dan jujur tidak boleh samasekali diertikan dengan ‘Menjatuhkan Kerajaan secara paksa”
Inilah doktrin kuno yang mahu dipergunakan untuk menakut2kan rakyat khususnya melayu.


Apakah wajar seruan kepada perubahan sempena bulan Hijrah ini diarahkan kepada konsep kesederhanaan? Walhal, pelbagai aktiviti telah dilakukan seperti Bacaan Yassin, Doa Awal Tahun dan Akhir Tahun serta majlis sambutan dan Anugerah-anugerah  yang diadakan secara besar-besaran tetapi kesemuanya adalah untuk mempromosikan idea yang jelas-jelas tidak berlandaskan Islam. Bersikap sederhana yang disamaertikan sebagai wassathiyyah tidak boleh  dirujuk sebagai maksud jalan tengah sehingga umat Islam harus berkompromi dengan fikrah-fikrah jenayah pimpinan UMNO/BN selama ini  , Tetapi ia sebenarnya harus menjadikan umat Islam umat pilihan dan bukannya berada ditengah-tengah di dalam semua isu. 

Seruan sebenar yang perlu diserukan kepada seluruh umat Islam, Termasuklah kepada para pemimpin Malaysia -VVIP UMNO/BN khususnya  ialah seruan kepada penerapan Islam secara keseluruhan. Ini bermakna, seruan untuk meninggalkan segala sistem sekuler- kufur yang rosak serta pemimpin-pemimpin yang tidak amanah mesti dilakukan. Sistem kufur yang telah banyak menyesatkan serta menindas umat selama ini haruslah dibuang serta diganti dengan sistem Islam yang sempurna. Para pemimpin-pemimpin UMNO bahkan juga dari Pakatan rakyat  yang tidak amanah serta mengutamakan dunia daripada keredhaan Allah haruslah ditukar kepada pemimpin lain yang mampu untuk melaksanakan Islam.
Sempena mengambil momentum bulan Muharram, iaitu bulan Hijrah, umat Islam baik melayu atau juga  dari etnik lain  tidak seharusnya terpengaruh dengan seruan ke arah kesederhanaan oleh pimpinan UMNO/BN  yang akan menjebakkan mereka untuk berkompromi dengan  “Jenayah dan Morality ” mereka ‘ yang begitu bobrok dan menjijikkan
Seruan yang benar adalah seruan kepada pemikiran Islam yang benar yang diwarisi daripada Rasulullah SAW dan para sahabat. Barulah sambutan Maal Hijrah sempena bulan Muharam ini lebih bermakna.adanya [3]

Wallahu a’lam.

Info Rujukan :
[1] Utusan Online, 15/11/2012

[2] http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/
[3] ibid ;

Written And Editor by Wilhelmina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s