TERKINI : Scorpene: Najib, Razak Baginda Mungkin Disapina


Ketakutan Punca Peguam Scorpean Dihalang Masuk Malaysia

SINGAPURA: Peguam kes Scorpene di Perancis menegaskan mahkamah negara tersebut bakal memanggil dua orang kenamaan terkemuka di Malaysia, iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda sebagai saksi kes tersebut.



Mereka adalah di antara tujuh orang yang bakal dipanggil sebagai saksi, antaranya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bapa Altantuya, Dr Shaariibu Setev, penyiasat Balasubramaniam dan seorang korporat Lodin Wok Kamaruddin.Bagaimanapun belum dapat dijelaskan, bilakah tarikh mereka akan dipanggil mahkamah.




Maklumat tersebut dijelaskan dalam taklimat mengenai kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen hari ini, terpaksa dipindahkan ke Changi, Singapura.


Taklimat disampaikan peguam, Apolene Cagnat  yang juga rakan kongsi peguam William Bourdon yang mewakili Suaram dalam kes Scorpene yang didakwa membabitkan penyelewengan ratusan juta ringgit.


Hadir sama mendengar wakil kedutaan Malaysia di Singapura. Cagnat ditemani peguam Suaram, Fadiah Nadwa Fikri.Taklimat dihadiri ahli-ahli Parlimen daripada PAS, PKR dan DAP, mewakili Pakatan Rakyat.


Semalam, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikr Amin Mulia menolak permintaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus melarang taklimat peguam yang dibawa khas dari Perancis.Sebelum ini Bourdon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.


Sementara itu Sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel kesal, taklimat tepaksa diadakan di Singapura kerana Kerajaan Malaysia berusaha keras menghalang maklumat sebenar mengenai Scorpene diketahui rakyat.

SUMBER :http://malaysiaberih.blogspot.com/


Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang diletup menggunakan bahan letupan C4 pada 2006 hampir pasti diteliti oleh Hakim Siasatan di Mahkamah Perancis bagi merungkai skandal Scorpene.

Apoline Cagnat, peguam Perancis yang juga rakan sejawat kepada William Bourdon, berkata Hakim Siasatan pasti tidak akan meninggalkan bahagian sepenting itu kerana ia mungkin ‘kunci’ kepada kes Scorpene di Malaysia.

“Mungkin itu kuncinya. Ia pastinya agak sukar kerana dua orang sudah dijatuhi hukuman mati melalui sistem kehakiman di Malaysia. Tapi, ia bahagian penting, tentu rekod itu akan disiasat,” katanya.

Bagaimanapun, Apoline kemudian menyatakan, penelitian itu bukan untuk menyiasat kejadian pembunuhan sebaliknya meneliti peranan Altantuya dan pihak lain dalam skandal Scorpene.

Beliau berkata demikian pada memberi taklimat kepada sekumpulan ahli parlimen Malaysia dari Pakatan Rakyat dan pengamal media di Hotel Changi, Singapura tengah hari ini.
Taklimat berkenaan sepatutnya dijalankan di Parlimen Malaysia tetapi dihalang Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia tanpa sebarang alasan munasabah.
Sementara itu, Keadilan Daily mendapati Apoline menyebut ‘Najib Razak’ sebanyak dua kali termasuk menyatakan Perdana Menteri itu adalah antara nama yang diberi tumpuan dalam tujuh senarai saksi yang diberi Suaram.
Najib adalah antara tujuh individu yang dicadang Suaram sebagai saksi dalam kes berkenaan, selain Razak Baginda.

Menjawab soalan media, Apoline berkata, beberapa saksi akan disapina dalam masa terdekat.

SUMBER : Keadilan Daily.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s