Datuk Zainal Abidin Aala-YDP MPS sejak 2011 Terima Notis-Ultimatum pindah ke INTAN=24 Jam.

(Arahan tukar YDP MPS –Datuk Zainal Abidin Aala– ‘ultra vires’, kata ahli majlis MPS)
 Sekumpulan anggota Majlis Perbandaran Selayang hari ini mendakwa Jabatan Perkhidmatan Awam bertindak melampaui kuasanya apabila mengeluarkan arahan supaya Yang Dipertua (YDP) kerajaan tempatan bertukar ke Institut Tadbiran Awam Negara.



Dalam sidang media dihadiri lebih separuh daripada barisan ahli majlis tersebut, anggota berkenaan mendakwa tindakan itu juga melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Antaranya, seorang ahli majlis Eric Tan Pok Shyong yang berkata, arahan tersebut dikeluarkan JPA walau soal pelantikan YDP terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

Dakwanya lagi, JPA juga tidak ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang seperti agensi kerajaan lain.

“Ia hanya satu agensi yang membantu kerajaan. Jadi apa kuasa yang mereka ada?” katanya pada sidang media tergempar di menara MPS petang tadi.
Datuk Zainal Abidin Aala yang bertindak sebagai YDP MPS sejak 2011 menerima notis dipindahkan ke INTAN dalam tempoh 24 jam semalam.

Arahan pertukaran mendadak itu dikeluarkan selepas beliau membuat kenyataan bahawa projek kondominium Park Avenue di Batu Caves diluluskan pembinaannya pada tahun 2007 sewaktu Selangor ditadbir BN.

Sumber :
Ahmad Fadli KC/Malaysia Kini 15/Nov/2012

Berita terkini -Datuk N Sadasivan menolak tawaran kerajaan negeri Selangor sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menangani isu dan mencari jalan penyelesaian pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves
 The Malaysian Insider  melaporkan Datuk N Sadasivan mengakui telah menolak (decline) tawaran daripada kerajaan negeri tersebut.

“Ya saya terima tawaran itu. Tapi saya telah menolaknya,” kata bekas ketua pengarah (KP) Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA)


Apabila ditanya mengapa keputusan tersebut diambil, beliau enggan memberikan alasan.


“Buat ketika ini saya tidak boleh komen. Terima kasih,” tambah Sadasivan.


Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikkan Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas projek pembinaan kondominium di Batu Caves sebaik pengumuman perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor.


“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju untuk melantik Datuk N Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves,”

Menurut kenyataan itu lagi, perlantikan Sadasivan adalah kerana pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran bersama kerajaan dan swasta sebelum ini.


“Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat swasta dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas,” tambah Abdul Khalid.

The Malaysian Insider 14-November 2012.

Ulasan dua berita diatas :

Begitu terdesaknya UMNO/BN dalam meraih priority politik nya yang sudah diambang kejatuhan supremasi-politik di  tanah air tercinta Malaysia-
Kejatuhan UMNO/BN pada PRU-13 nanti kita harapkan akan berlaku seperti Parti LDP-Jepun dan Parti Golkar diIndonesia-
LDP dan Golkar tak ubahnya BN yang berkuasa terlalau lama -penuh dengan penipuan dan rasuah serta kronisme yang mereka amalkan -jatuh tertelungkup penuh kehinaan tanpa boleh bangun lagi.


So,kepada rakyat Malaysia yang bijak -bestari dan peduli akan nasib anak-cucu bangsa kita dikemudian hari-Cobalah berfikir secara waras tanpa prejudis -Dua peristiwa besar dan mengaibkan diatas diawal Muharram 1434H ini adalah contoh terbaik prilaku pihak yang sanggup jadi ‘dalang ‘disebalik tabir atas dua kejadian yang begitu meng-aibkan birokrasi disebuah negara Demokrasi-

Tentu Anda dan saya faham siapa sebenarnya jadi ‘tangan ghaib’ disebalik peristiwa terbaru itu.


Marilah KITA berganding bahu -mengundi- membantu -menyinsing lengan bersama-sama atas kejayaaan nantinya Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Malaysia selepas PRU-13 menjelang tiba

Editor by wilhelmina.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s