Dua Helai Surat Melondehkan Sifat umNO Sebenarnya

Inilah dia perangai ahli2 dan pimpinan serta penyokong  UMNO yang sebenar.
Surat diatas (warna hijau)  ialah surat dari Guru Besar Sek Kebangsaan Sungai Petani Kedah, kepada Ibu Bapa/Penjaga murid tahun 6 sekolah tersebut yang dipilih kononnya untuk meramaikan menyambut Najib Razak di Pantai Merdeka dari jam 9.00 pagi hingga 2.00ptg sempena Perhimpunan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan.
Nak tunjuk pada Najib kononnya rakyat ramai sungguh menyambut beliau maka dikerah murid-murid sekolah yang tidak tahu butir-butir apa sebagai penambah dan perbanyakkan angka untuk propaganda murahan UMNO.



Agak-agaknya kalau Menteri Besar Kedah kerajaan PAS/PR maukan murid-murid sekolah rendah datang menyambut beliau dalam satu upacara rasmi, pihak Guru Besar Sekolah yang sama keluarkan surat tak?

Begitu juga apa yang terjadi di sekolah2 rendah dan menengah di Dun Batu Caves dan Parlimen Gombak Selangor- Apa saja acara2 atau perasmian karnival atau pemberian hadiah kecemerlangan pelajar2 didua kawasan tersebut Wajib dirasmikan oleh wakil2 UMNO tidak pernah memberi peluang langsung kepada wakil2 rakyat PR-GOMBAK/Selayang –

Pihak Sekolah tidak mahu atau takut dengan penyelaras BN Gombak yang diterajui anak

samseng-mamak@Maha-Guru Silat-Malahan yang hebatnya pemberian sijil2 anak pra-sekolah rendah kebangsaan pun diresmikan oleh anak samseng guru silat tsb.

Sepatutnya berilah kerja2 tsb lagi kepada wakil2 rakyat yang memerintah kini di Selangor.barulah adil & saksama seperti yang termaktub di RukunNegara -UMNO/BN dah 50thn lebih berkuasa di Selangor-tak puas2 lagi.kerr.!

Surat kedua pula datangnya dari seorang Pengerusi Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK), Kg Felda Pasir Raja, Kulai, Johor kepada Ketua Cawangan PAS, Pasir Raja minta pihak PAS turunkan bendera-bendera PAS yang berkibar meriah ditiang-tiang elektrik dalam kawasan Felda Pasir Raja, Kulai, Johor.

Alasan yang diberikan demi menjaga keharmonian penduduk setempat. Apakah dengan mengibarkan bendera UMNO/BN dalam kawasan Rancangan Felda Pasir Raja mampu mengharmonikan penduduk?
Inilah dinamakan, sendiri buat semua ok dan halal.. pihak lawan buat semuanya tidak boleh dan boleh mengucar kacirkan keharmonian.

Pemikiran yang menganut politik primitif zaman purbakala “Siapa kuat ototnya dia jd Raja”

Peliknya pihak TNB tidak pula buat kecoh dan bising..Pengerusi JKKK Felda Pasir Raja, Kulai ingat tiang elektrik itu kepunyaan Felda Pasir Raja kot. Otak sempit betul!!!!!

Patutlah perangai para pemegang jawatan JKKK sering dijadikan bahan momokkan sebagai mereka yang amat kurang cerdik dan kebudak-budakkan dalam sepak terajang politik.

Perangai JKKK2 & Guru2 Besar yg taksub dgn UMNO/BN
sama dgn gambar diatas “ANDA KOREK ANDA JILATLAH SENDIRI”

SIKAP DOUBLE STANDARD INI WAJIB DIHAPUSKAN SEBAGAI MENGHORMATI SEMANGAT DAN ROH DEMOKRASI DEMI KELUHURAN PERLEMBAGAAN NEGARA.
UMNO TUMBANG…ISLAM DAN MELAYU GEMILANG… UMNO BERKUBUR… NEGARA MAKMUR… UMNO KECUNDANG.. RAKYAT SENANG.

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net/2012/11/02/600/


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s