Dr Badrul Amin Bahron; Ketua Penerangan PKR-Selangor :Ada Apa & Mengapa Di Al -Arqam ?

RAWANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah majlis khas yang dipercayai cuba menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam di Bandar Country Homes di sini malam tadi (1/11/12).

Dalam serbuan pada pukul 10 malam itu, beberapa individu ditahan termasuk Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr. Badrulamin Bahron.

Badrulamin merupakan tetamu kehormat dan ahli jawatankuasa majlis tersebut.

Difahamkan, majlis yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu melanggar arahan mufti mengikut Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan fahaman Al-Arqam.


Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam, Selangor.
Sehubungan itu, JAIS akan menjalankan siasatan lanjut dan memantau aktiviti pengikut bekas pemimpin Al-Arqam berkenaan sebelum mengambil tindakan lanjut termasuk menahan mereka yang didapati terbabit dalam cubaan menghidupkan kembali gerakan itu.

(Gambar) Penguatkuasa JAIS cuba memeriksa Kad Pengenalan semua tetamu yang hadir ke majlis kenduri anjuran Ikhwan Global di Rawang.
Ust Ann Wan Seng juga merupakan seorang penulis buku AL-ARQAM DI SEBALIK TABIR yang telah diulang cetak dalam masa satu minggu dan habis dijual dalam masa 4 hari.
Buku tentang Al-Arqam ini adalah satu-satunya ditulis oleh seorang penulis bangsa Cina.
info ~ ronasina
 
 
 

***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.net

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s