Program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban-N9.

Written And Editor by Wilhelmina.


Inilah rupa wajah Asykar pencen yang pernah menyandang pangkat Mejer, Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria


Kain rentang oleh penyokong pengecut UMNO/BN


DS.Anwar Ibrahim sedang berkobar2 menyampaikan agenda amanat rakyat-N9


Rakyat Malaysia tidak takut dgn ugutan mejer pencen tak demokratik

Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan azimat wasiat untuk menumbangkan UMNO/BN-pada PRU-13.

Malam ini (Sabtu 3/11/12)telah  berlangsung program Pra Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Seremban dan dijangka lebih daripada 50,000 orang hadir. Seperti biasa apa sahaja yang dilakukan oleh PR akan mendapat halangan dari pihak berkuasa dan penyokong-penyokong mereka kerana ketakutan mereka melihat kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan yang sejati di dalam negara Malaysia tercinta.

Program ini telah terpaksa berpindah sebanyak tiga kali untuk mendapatkan tempat yang sesuai kerana penganjur himpunan ini tidak diberikan permit oleh pihak polis. Walau bagaimana pun ia akan tetap diadakan dan lokasi yang dipilih ialah Seremban Jaya yang mampu menampung kehadiran seramai 50,000 orang peserta itu. Ada pihak yang telah mengugut yang program ini akan mencetuskan pergaduhan jika pihak Polis tidak menghalang program ini diadakan.

Beberapa NGO dan ketuanya dikenalpasti sebagai Major(B)  Razali Zakaria ; Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia,- [nama NGO ini begitu’ gah’sekali namun disayangkan ketuanya punya otak lempeng yang sesuai hidup dizaman purba ]

Telah mengugut jika program ini masih diteruskan mereka akan menghalangnya seratus peratus dan jangan salah pihak NGO ini jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku. Ugutan pihak ini jelas menunjukkan bagaimana terdesaknya pihak yang mereka sokong[ UMNO/BN]sehinggakan mengugut untuk mengganggu program ini serta menghalangnya untuk berlaku.

Dan beberapa kain rentang berupa ugutan banyak dipasang oleh “mereka “disekitar laluan ke Seremban dan tempat perhimpunan berlangsung,

Bagi Pakatan Rakyat , UMNO/BN boleh melakukan dan mengadakan apa-apa jua program dan PR tidak akan menentangnya. Tetapi adalah menjadi kewajiban moral bagi NGO ini untuk bertindak ganas seperti yang mereka ugutkan itu. PR tidak pernah berniat untuk melakukan pergaduhan seperti itu berlaku, tetapi jika ia berlaku juga maka kita tahu siapa yang memulakannya dan Major (B) Zakaria itu patut menjadi suspek utama jika pergaduhan dan insiden tidak diingini berlaku kerana beliau telah jelas mengugut untuk melakukan sesuatu jika program ini terus diadakan.



Kita tidak nampak apa rasionalnya untuk memburukkan PR jika perkara yang tidak diingini berlaku kerana yang akan memulakan pergaduhan itu ialah NGO yang sebenarnya adalah penggiat Perkasa Negeri Sembilan. Kali ini kita mahu melihat pihak polis melakukan pemantauan dan mencegah mereka (NGO-NGO) ini mengganggu perhimpunan rakyat ini.

Rakyat mahu melihat ada kebebasan untuk melakukan tuntutan yang belum tertunai oleh pihak pemerintah yang sangat asas kepada rakyat iaitu pilihanraya yang bersih dan telus. Pihak kerajaan (BN) wajar belajar untuk meningkatkan moral mereka jika benar-benar mahu diiktiraf rakyat sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan telus. Ini merupakan perkara asas dan ia tidak sepatutnya tidak dilakukan dan tuntutan yang dibuat melalui himpunan ini wajar dibenarkan. Malahan perhimpunan ini patut dibantu oleh pihak berkuasa untuk berlaku tanpa gangguan dari pihak seperti NGO yang kita sebutkan tadi.[1]

Namun Alhamdulillah.menurut info yang kita perolehi -perhimpunan berjaya dilaksanakan .Dan kita melihat rakyat Malaysia amnya serta rakyat N9 khususnya tidak merasa gentar dan takut lagi dengan ugutan2 ala zaman batu.Yang hanya ingin berkuasa atas dasar kekuatan ugutan-provokasi-dan  intimidasi.

Kita berhadapan dengan PRU-13 menjelang ,yang penuh penipuan

Kita wajib memerangi BN habis-habisan melalui pilihanraya yang adil dan saksama dan kita lakukan dengan penuh bertanggungjawab berlandaskan pada demokrasi tulen dan dengan cara yang dibenarkan oleh undang-undang dan selari dengan apa yang terkandung di dalam perlembagaan negara kita ini.

Walaupun kita menerima dan membaca info2 di blog-blog pro PR,Bahawa sesungguhnya PR secara hakikinya bukan lagi  bertanding dimedan juang yang sama rata- Kerana dibelakang tabir UMNO/BN-

banyak agensi2 kerajaan yang sepatutnya bersikap adil dan saksama -Namun telah melakukan ‘kecurangan serta penipuan –

Apa yang sahih, tarikh PRU13 ini hanya akan dijalankan apabila semua persediaan untuk memastikan Umno/BN  kembali berkuasa telah tersedia. Semua perancangan telah diatur. Logistik telah tersusun rapi. Semua yang wajib dilakukan untuk mengembalikan kuasa kepada BN telah dilakukan

Perlu kita ingatkan untuk semua ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mereka wajib sedar bahawa yang mereka lawan bukan parti UMNO- Mereka bukan berlawan dengan MIC, MCA atau BN. Penyokong dan bakal pengundi Pakatan bukan melawan Polis, Raja, Islam atau Perlembagaan Malaysia.

Apa yang dilawan-ditentang  oleh Pakatan Rakyat ialah satu sistem pemilihan calon yang telah direka khusus untuk menipu. KITA MELAWAN SISTEM PILIHAN RAYA yang penuh penipuan..[2]
.

Itulah sebabnya Putrajaya dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan NS9 wajib diambil alih oleh pihak ‘alternative’ kali ini kerana kita tidak mahu lagi ditadbir oleh penyangak-penyangak BN ini. Parti dan pemimpin yang bermentaliti manusia zaman batu ini wajar diketepikan tapi lakukanlah dengan berhemah dan berbudaya.

Kita mahu dipimpin oleh kerajaan dalam mana pemimpin-pemimpinnya menggunakan otak dan pemikiran yang sihat, dan tidak kepimpinan yang menggunakan lengan dan otot seperti kepimpinan zaman batu dahulu. Kita sudah mual dengan cara pimpinan hari ini kerana mereka seolah-olah masih dalam zaman bercawat tanpa berfikiran dan beragama.

SUMBER BERITA :

PHOTO-PHOTO by http://omakkau.blogspot.com

[1] http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/11/kerajaan-bermentaliti-zaman-batu-wajar.html

[2] http://www.malaysiakini.com/columns/212771

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s