Kebijakan Politik Organisasi Hizbut Tahrir Malaysia Sangat Berbahaya Buat Malaysia[Siri-1].


Written anda Editor by Wilhelmina

Dipagi sabtu nan ceria ini seperti kebiasaan harian selepas membaca email saya akan ber-langlang-buana melayari akhbar-akhbar oline dalam negeri dan luar negeri-Seterusnya blogwalking [istilah berlanglang-buana buat blogger]-di -blog-blog-dan  website-website -[blogger Indonesia sebut website sebagai ‘situs’ sahaja].mungkin blogger Malaysia belum melazimkan istilah tersebut-atau kita sudah ada istilah sendiri.?.:” mungkin saya belum menemuinya”

Ok,sahabat sesungguhnya kini saya bukan ingin menulis tentang” istilah2 “tetapi tentang sebuah artikel disebuah ‘situs’ mykhilafah kepunyaan sebuah organisasi Islam bernama Hizbut Tahrir Malaysia.

[” Hizbut Tahrir diasaskan pada tahun 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin. Gerakan yang menitik beratkan perjuangan membangkitkan umat di seluruh dunia untuk mengembalikan semula kehidupan Islam melalui tegaknya kembali Khilafah Islamiyah ini dipelopori oleh Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, seorang ulama alumni Al Azhar Mesir, dan berkembang pesat di Nusantara khususnya Indonesia lalu-dibawa dan dikembangkan di Malaysia “] [1]

Artikel yang muncul di’sites’ tersebut adalah “.TAHALUF SIYASI BERDASARKAN HILFUL FUDUL, BENARKAH?-tulisan tersebut secara ‘inti’ dan ‘ilmiah’ boleh dikategorikan sebagai tulisan ‘yang baik’-Namun dalam kontek suasana politik dan – culture budaya baik sosial mahupun hidup beragama yang serba ‘ plural ‘ di negara kita -saya menilai tulisan di situs tersebut sangat berbahaya untuk masa depan ” Malaysia Baru “-
Secara teori politik  memang umum maklum bahwa Hizbut Tahrir Malaysia.adalah pendukung kuat perjuangan UMNO/BN-walau secara kronologinya ‘mereka’ berjuang konon-konon  untuk sebuah negara Islam yang dinaungi pemerintahan Khilafah-

Tetapi dengan sikap yang plin-plan-tidak konsisten dalam dakwah Islam -dimana mereka[ seterusnya disebut HTM=Hizbut Tahrir Malaysia] selalu memperlekehkan apalagi tidak membantu perjuangan organisasi2 Islam lain diluar kelompok HTM -seperti Parti PAS-contohnya.

Banyak sekali bukti yang menunjukkan ke-ego-an HTM-pimpinan dan anggotanya dalam memperjuangkan Islam di Malaysia-contohnya pada puasa dan hari raya 2010/2011 [maaf; jika saya silap tarikh] mereka puasa dan beraya dahulu dari rakyat Malaysia yang Islam lainnya-
Dan desas-desus terbaru – pengikut-anggota HTM tidak digalakkan mengundi pada PRU-13 nanti -Dengan alasan HTM tidak mendukung negara demokrasi ala Malaysia

Dan sewaktu rakyat Malaysia tanpa mengira mazhab politik mereka ,berdemontrasi di hadapan kedutaan Amerika jalan Tun Razak KL-membantah terhadap penghinaan Rasulullah SAW oleh media Amerika [baca; The Innocence Muslim. ]-mereka pimpinan dan anggota HTM berdemo di Markas ATM Jln Semarak KL
.
[baca; http://helmysyamza.blogspot.com/2012/09/hina-nabi-htm-gegarkan-angkatantentera.html]

HTM menyeru ATM agar bertindak atas penghinaan terhadap Nabi SAW tersebut-yang menjadi tanda tanya.?

Apa tindakan ATM yang diharapkan HTM sebenarnya -menyerang kedutaan Amerika ? Atau berharap para jenderal-jenderal ATM-Angkatan Tentera Malaysia- untuk pergi berjumpa jenderal2 US-FORCE untuk bertindak terhadap penerbit makalah penghinaan itu.!
Semua yang disuarakan HTM terhadap ATM adalah kerja gila dan bodoh-kenapa begitu?
Apakah HTM bercita-cita membawa ATM ke-kancah kemelut demikian yang sepatutnya ditangani dan diuruskan UMNO/BN melalui Jabatan-jabatan yang berwenang-
Sesungguhnya tindakan HTM berdemo di depan markas ATM-adalah sekedar lelucon-anekdot siyasah- hendak mencari publisiti murahan atas isu yang tengah hangat diperbincangan.
[2]

TAHALUF SIYASI BERDASARKAN HILFUL FUDUL, BENARKAH ?

Demikianlah sedikit ulasan dan mukaddimah serba sedikit tantang HTM diatas-Tetapi yang akan saya bahas disini adalah tentang artikel mereka bertajuk ” TAHALUF SIYASI BERDASARKAN HILFUL FUDUL, BENARKAH? ‘ saya akan jawab atau berhujjah berdasarkan sedikit ilmu yang Allah SWT anugerahkan-Dan atas beberapa perenggan-paragraf ;untuk tidak membosankan pembaca blog ini-tulisan ini akan saya buat bersiri -InsyaAllah.

HTM[paraghraf pertama] :
Bagi sesiapa yang mengkaji sirah Rasulullah SAW, kita akan mendapati bahawa hilfulfudul merupakan sebuah kesepakatan untuk membantu orang-orang yang dianiaya. Gerakan Islam yang menggunakan dalil ini sering mengetengahkan perjanjian ini sebagai sebuah perjanjian untuk menentang kezaliman di mana mereka berhujah bahawa Rasulullah SAW telah berpakat (bertahaluf) dengan orang-orang kafir untuk menentang kezaliman. Memang benar bahawa Rasulullah suka kepada hilfulfudul dan menerimanya dari aspek isinya yang ingin menentang penganiayaan atau kezaliman. Namun perlu difahami di sini bahawa penganiayaan atau kezaliman yang disebut dalam hilfulfudul adalah kezaliman yang dilakukan oleh “manusia” ke atas manusia yang lain. Ia tidak ada kena mengena dengan kezaliman “sistem” (Jahiliyyah). Dengan kata lain, hilfulfudul bukannya kesepakatan untuk menghapuskan sistem yang zalim. Sistem Jahiliyyah masih tetap diamalkan pada waktu itu seperti riba, perzinaan, pembunuhan anak perempuan, meminum arak dan sebagainya dan hilfulfudul bukanlah terjadi dalam rangka untuk menghapuskan semua itu..”

HUJJAH-Jawaban ;
Tulisan diatas secara langsung sebenarnya ditujukan kepada Parti Islam seMalaysia.

dimana HTM tidak setuju sama sekali rentak perjuangan PAS bersama PAKATAN-mereka tentu sangat gembira-setuju jika PAS bekerjasama dengan UMNO/BN’
Apakah pimpinan HTM tidak baca dan hayati sejarah terbinanya negara Malaysia atas kronologi pluralisme etnik-Kerana British tidak mahu menyerahkan kekuasaan kepada perjuangan pimpinan Islam waktu itu.-
Emperium British Hindia waktu itu  melihat dan mempertimbangkangkan hanya UMNO yang layak umtuk menerima ‘peralihan kuasa’ demi menjaga harta dan aset Emperium mereka tidak jatuh ketangan pimpinan-pejuang yang mahu Malaysia merdeka total.

Akhirnya negara Malaysia tercinta ini berkembang dan membangun batu asas politik pluralisme-Namun UMNO/BN- telah tidak amanah -U/BN- menggunakan isu-etnik-agama-raja sebagai pola politik mereka dengan melaga-laga-kan isu etnik-agama- raja -serta menakut-nakutkan rakyat Malaysia sementara itu mereka pimpinan U/BN-mengaut dan memperkaya diri-kroni-kroni mereka.

Apakah prilaku pimpinan U/BN dari dahulu hingga kini bukan kezaliman.?-Banyak contoh berlakunya kezaliman U/BN terhadap rakyat Malaysia-Apakah pimpinan HTM tutup mata dan telinga sahaja?
Tentang royalty minyak yag sepatutnya diterima rakyat Kelantan-Bahkan Sabah-Sarawak-Trengganu negeri kaya petrolium dan hasil-makhsul bumi-namun rakyatnya tiada dapat faedah dari kekayaan anugerah Allah SWT- Siapa yang mengaut kekayaan tersebut kalau bukan pimpinan UMNO/BN dan sekutunya serta kroni2nya.!
Apakah pimpinan HTM menutup mata dan telingan akan jenayah ini.?

Kenapa HTM sibuk dan ber-iya2 nak mendirikan negara Islam total -secara keKhilafahan-???
Sementara perjuangan politik kita tidak sama dengan Palestine-Syria-Afghanistan..!


Kita faham perjuangan keKhalifahan itu perlu dan wajib dilaksanakan.Namun dalam kontek Malaysia tentu diperlukan kebijakan berpolitik agar negara tidak terlibat dengan kancah peperangan-banyak kerja-kerja dakwah dan pemahaman tentang Islam kepada non muslim di Malaysia.dimana sejak 1957-UMNO/BN memerintah mereka sangat kurang berdakwah tentang Islam secara pemerintahan-Kalau adapun hanya sekedar acara2 keagamaan seperti Musabaqah AlQuran ,MaulidulRasul dan sebagainya.
So, bila PAS dalam Pakatan ber
-TAHALUF SIYASI dengan parti non muslim dalam perjuangan nya-PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Jadi TAHALUF SIYASI PAS dengan Pakatan tidak sama TAHALUF SIYASI UMNO dalam BN-

Jika HTM guna Hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi ;
لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت.
السيرة النبوية لابن كثير – ج 1 / ص 258 
(Sesungguhnya aku pernah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud’aan satu persefahaman, sekiranya aku diajak bersamanya dalam Islam nescaya aku menerimanya).

Ustaz-pimpinan HTM  berhujjah Hadis tersebut tidak boleh jadi sandaran politik  bahawa semasa Rasulullah SAW menyaksikan hilfulfudul di rumah Abdullah bin Jud’an, baginda masih belum diangkat menjadi Rasul-
Rasulullah S.A.W. bersabda  tersebut diatas dengan huraiannya : ( Kalaulah persefahaman ini diajak sekarang, ketika berada dalam  Islam pun nescaya aku menerima dan menyertainya).
Kenapa pihak bijak-pandai HTM tidak baca  Hadis ini [Rasulullah S.A.W. juga bersabda secara umum:]
(الحكمة ضالة المؤمن فأنى وجدها وهو أحق بها .(ابن ماجه
(Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan seseorang yang beriman, maka di mana sahaja dia mendapatinya, dialah yang berhak memungutnya).
Di atas konsep inilah maka Rasulullah S.A.W. menerima persefahaman  tersebut , walaupun mereka itu daripada  kalangan pemimpin jahiliyah. Banyak perkara baik daripada amalan zaman jahiliyah dan kalangan yang berperikemanusiaan  daripada berbagai bangsa bukan Islam, seperti melayan utusan daripada negara luar  termasuk negara musuh, perlindungan keselamatan terhadap para diplomat, menghormati perjanjian antarabangsa dalam perkara yang adil dan sebagainya diterima oleh Islam. Rasulullah S.A.W. juga menyatakan sempadan dengan sabdanya :
المسلمون على شروطهم إلا شرطا حرم حلالا وأحل حراما (البخاري وغيره
(Orang-orang Islam itu hendaklah bertanggungjawab diatas segala syarat yang mereka tetapkan, malainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram).

PAS adalah Parti Islam yang berpaksi dan berpandukan hukum tertinggi mengikut undang-undang tubuhnya (Perlembagaan). Pelaksanaannya dikawal oleh Majlis Syura Ulama, sehingga boleh membatalkan segala keputusan dan langkah yang bertentangan  dengan ajaran Islam. Maka PAS tidak boleh disamakan dengan UMNO.
Begitu juga hubangan PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam, sangat berbeza dengan hubungan diantara komponen Barisan Nasional yang tidak berdasar dan berkonsepkan Islam daripada Al Quran dan Sunnah, Ijma’ Ulama dan Qias.
Hubungan PAS dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah hubungan Tahaluf  yang berpandukan nas tersebut diatas. Pakatan Rakyat adalah satu muafakat politik dalam konsep Tahaluf  Siyasi  yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulama dalam skop hukum Feqah politik Islam.
Bekerjasama dalam titik persamaan menentang kezaliman politik dan pentadbiran negara  yang dialami oleh seluruh rakyat, seperti  amalan demokrasi yang tempang, pentadbiran negara yang tempang, pengurusan ekonomi yang penuh dengan penyelewengan, mesyarakat yang jahil dengan kelemahan pendidikan dan undang-undang yang tidak ada kehebatan, menyebabkan krisis moral yang parah dengan kebanjiran maksiat dan jenayah.[3]

Demikiankah dahulu ulasan saya atas artikel HTM tersebut-InsyaAllah saya akan kupas pada tulisan mendatang-kerana isu yang dilontarkan oleh pihak bijak-bestari HTM sangat berbahaya untuk menuju keharmonian pluralisme etnik-agama di Malaysia.Wallahumusta’an.!

Sumber rujukan info;

[1]   http://www.mykhilafah.com./htm

[2]http://helmysyamza.blogspot.com/2012/09/hina-nabi-htm-gegarkan-angkatantentera.html]

[3]  http://ulamak.pas.org.my/:presiden-pas–tahaluf-siyasi-pas-bersama-pakatan-rakyat%5D

Written anda Editor by Wilhelmina

6 comments

  1. Kita kembalikan ini semua ke haribaan Allah SWT, apapun itu tidak akan menyimpang dari Firman-Nya juga sunnah nabi besar Muhammad SAW, sedemikina itu kiranya manusia hanya menafsirkan dan menambahkan yang kadang tak perlu, hingga kadang secara tidak sadar tambahan inilah yang jadi muatan oleh orang dan kelompok untuk kepentingan tertentu, semoga kita semua bijak menyikapi tentang Islam yang Khilafah sesuai dengan Firman-Nya juga sunnah nabi, allahualam bishawab…

  2. Sdr Muklis..terimakasih atas komennya,..HTM sudah agak termasuk garis keras dlm kiprah politiknya- berbeda dgn HT-Indonesia dan HT-England yg menghargai perjuangan NGO atau parpol Islam lainnya-moga mereka berjalan atas rel yg diredhoi Allah SWT/

  3. Secara teori politik memang umum maklum bahwa Hizbut Tahrir Malaysia.adalah pendukung kuat perjuangan UMNO/BN-walau secara kronologinya 'mereka' berjuang konon-konon untuk sebuah negara Islam yang dinaungi pemerintahan Khilafah->>>>> Ini fitnah kamu wahai penulis. Maka wajablah di hadapan Allah nanti akan dosa ini.http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/3936-adakah-najib-lupa-terhadap-dosanyaNi antara kenyataan HTM yang difitnah "pro UMNO". Kalau nak tabur fitnah pun jadilah cerdik sikit, atau lebih baik kamu diam.

  4. subhanallah … dh jumpa para pemfitnah2 … benarlah janji allah .. islam bermula dgn sedikit dan berkembang kemudian ia kembali sedikit .. maka beruntunglah org2 yg sedikit itu .. kajilah kebenaran sblum mmfitnah saudara ..

  5. Kepada YB. Perdana Menteri Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak,Di sini saya ingin mengatakan bahawa BN kalah bukanlah koncern BN tak baik, khas nya MCA kerana kebanyakan Ahli MCA cabangan bawah, pemimpinnya sudah berjaya sombong dan tidak berkhimat dan ular, olih itu mengakibatkan ramai Malay, Cina dan India naik marah dan kalah PRU 13 terukContohnya yang saya tahu Pengerusi MCA GOMBAK YIP KUM FOOK dan Permuda MCA GOMBAK YIP JIUN HANN, mereka ular sampai wang Tokong pun berani telang dan halau Sami Buddha keluar dari tokong, orang ramai benci MCA. Apabila mereka tolong Donald Lim Siang Chai di Selayang, orang ramai salah sangka Donald Lim sama satu kaki……Sekira MCA cuba ingin memulit nama baik dan sokongan olih orang ramai semula, pemimpin seperti ini patut di kikis dengan bersih dalam parti, Kalau tidak sampai bila pun susah memulit semangatSekian, Terima kasih

  6. askm..suka dan yakin perjuangan htm,ada cara dan usaha yang kena,jadi,jadilah!!sejujurnya,hati ana sudah ada dalam perjuangan htm..ana akan sama2 fikir dan gerakkan..insyaAllah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s