Dirgahayu Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-55.!(Siri 1) Apakah Sumbangan UMNO/BN Terhadap Penyokongnya & Rakyat Malaysia Am-nya.?



Written by Wilhelmina.

Kuala Lumpur-Malaysia

Kemerdekaan negara Malaysia yang sudah mencecah 55 tahun(1957-2012).Apatah sudah dikira matang jika diperbandingkan dengan umur seseorang manusia.Bahkan bila dia bekerja di sektor awam ,sudah tentu kini sedang menikmati masa-masa usia pencennya.

Tetapi saya bukan mahu ber-nostalgia tentang kemerdekaan tersebut,baik tentang pejuang nya yang ternama atau mungkin terkubur tanpa nama di pusara tak bernisan.
yah bukan sama sekali bukan..!

Di episod ini saya coba akan merungkai beberapa penyelewengan dan penindasan hak dan keperluan asas manusia yang dilakukan pemerintah UMNO/BN secara sadar atau sengaja terhadap rakyat Malaysia amnya dan rakyat penyokong tegar UMNO/BN khususnya.


Bermulanya episod kotor pihak Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS


Saya kali ini ingin mengajak pembaca meneliti isu berkaitan dengan air ini dengan lebih luas dan mendalam agar kita dapat memahami permasalahan yang wujud dan membuat kesimpulan yang jitu dengan fikiran yang terbuka.



Kenapa pihak Syabas  berterusan menyerang dan memojokkan kesudut,serta mengheret Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi untuk menekan Kerajaan Selangor agar mempersetujui perjanjian baru penswastaan air kepada pihak Syabas.
Padahal pihak Kerajaan Selangor sedia berbincang akan permasalahan itu.namun bila diadakan perjumpaan taklimat pada minggu akhir bulan Julai lalu.pimpinan teras Syabas langsung tidak menghadirkan diri dan hanya mengantar beberapa wakil.
Namun di media-akhbar dan TV pro UMNO/BN mereka (CEO Syabas yang dibayar gaji ratusan ribu ringgit) begitu berani menyerang pihak Kerajaan Selangor khususnya Menteri Besar.TanSri Khalid Ibrahim.

Akhirnya berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, Kerajaan Negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

 Episod kotor ini bermula pada 15hb Disember 2005 yang lalu, pihak kerajaan yang diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi, ajensi-ajensi pelaksana, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Kerajaan Negeri Selangor(UMNO/BN) telah menandatangani satu perjanjian konsesi yang melibatkan pengambilalihan PUAS oleh Syabas dalam bidang kuasa pengagihan dan pembekalan air terawat kepada semua pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perjanjian yang tidak mendapat liputan meluas itu telah menyebabkan Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Coalition Against Water Privatisation (CAWP) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 24hb Januari 2006 antara lainnya memohon siasatan dibuat terhadap beberapa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan oleh Syabas.



Bermula dengan persetujuan perjanjian yang mencurigakan tersebut.pihak Syabas tidak pernah melakukan yang terbaik sebagai konsesi air.Namun bila Kerajaan Pakatan mengambil alih pemerintahan Selangor,maka berterusan terjadi konflik antara Syabas dan Kerajaan Selangor.Apalagi dengan pelaksanaan pengagihan percuma 20m’3 terhadap pengguna rakyat Selangor.


Model penswastaan yang digubal oleh golongan kapitalis

Konflik ini sebenarnya adalah ‘merebut penguasaan’ oleh pihak Syabas yang ber-onrientasikan keuntungan berpanjangan yang akan mengkayakan pihak2 berkepentingan di Syabas bahkan mungkin juga krono-kroni di dalam Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

Ini adalah kerana, secara asasnya objektif asal model penswastaan yang digubal oleh golongan kapitalis kalau di Malaysia diterajui oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya bukanlah bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, tetapi adalah untuk mendapatkan keuntungan semaksima mungkin selaras dengan ideologinya yang berteraskan manfaat. Keuntungan material adalah perkara utama yang menjadi insentif bagi syarikat-syarikat yang dipertanggungjawabkan mengurus keperluan masyarakat tersebut.

 Peningkatan mutu perkhidmatan bukanlah objektif tetapi lebih kepada kesan sampingan daripada usaha-usaha syarikat-syarikat tersebut untuk meningkatkan keuntungan.

Peningkatan mutu biasanya tidak akan berlaku sekiranya syarikat tersebut memonopoli pengurusan sumber ini dimana syarikat-syarikat itu tidak langsung merasa tertekan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan. Meskipun dengan monopoli ini, penurunan tarif air kepada pengguna adalah sesuatu yang amat pasti tidak akan berlaku dengan penswastaan.

Kenaikkan mutu air dan perkhidmatan pula mungkin akan atau mungkin tidak akan berlaku bergantung kepada situasi saingan dalam projek penswastaan itu. Jaminan terhadap kepentingan rakyat hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat perjanjian konsesi pada keseluruhannya dan bukan menjadi objektif utama syarikat pemegang konsesi. Inilah hakikat penswastaan sumber-sumber umum seperti air atau elektrik.

Air –Kepemilikan Umum dan Keperluan Asas Manusia

Air adalah satu kepentingan manusia yang paling asas dan tidak patut dipandang remeh. Air bukan setakat diperlukan dalam urusan makan minum dan mencuci pakaian semata-mata, malah ada ketikanya fungsi air menjadi sesuatu yang melibatkan hukum syara’ dimana tanpanya sesuatu yang lain tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai contoh, dalam hal bersuci, air adalah elemen penting bagi manusia untuk bersuci untuk membolehkan ibadah-ibadah khusus seperti solat dan haji dapat disempurnakan. Kebersihan air dalam konteks ini menjadi sesuatu yang premium dan perlu disediakan tanpa sebarang kecacatan. Dalam hal ini, kegagalan pihak yang bertanggungjawab memastikan bekalan air yang suci lagi menyucikan tidak boleh diterima.
 

Dalam kita mencari kaedah terbaik menguruskan sumber air untuk manusia, kita perlu meneliti hukum-hakam yang terkait dengan air dan sumber air itu sendiri. Dalam konteks ini, perbincangan mengenai pengurusan air dan sumber air menurut hukum syara’ adalah di bawah tanggapan bahawa Kerajaan Malaysia yang akan -InsyaAllah-diperintah oleh Kerajaan PAKATAN RAKYAT sebagai penerap hukum Islam yang kaffah bertanggungjawab mengimplementasikannya.

Sesungguhnya, segala persoalan dan permasalahan yang sedang dibincangkan ini hanya boleh diselesaikan dengan menerapkan Islam sepenuhnya di bawah payung Kerajaan Pakatan Rakyat.


Pertamanya, air dikategorikan sebagai harta kepemilikan umum untuk seluruh umat. Tiada seseorang individupun yang berhak secara penuh terhadap sumber air melainkan beberapa pengecualian yang telah ditetapkan oleh syara’. Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari salah seorang Muhajirin yang mengatakan:

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Manusia sama-sama memerlukan dalam tiga perkara: air, padang gembalaan dan api.”

 
Tanggung Jawab Kerajaan Pakatan Rakyat.


Dalam konteks ini, syara’ menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat  perlu memikul tanggungjawab menguruskan harta-harta kepemilikan umum ini dalam kapasitinya sebagai wakil umat. Dalam memenuhi tanggungjawab ini, syara’ tetap melarang Kerajaan memberikan atau menukar harta kepemilikan umum kepada mana-mana individu atau entiti (sebagai contoh memberikan hak ke atas sumber air milik umum dengan balasan royalti atau pembayaran tertentu kepada Kerajaan). Selain dari bentuk-bentuk yang diharamkan ini, Kerajaan Pakatan rakyat berhak untuk menguruskan sumber-sumber air sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan rakyat selagi tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam yang lain.
 

Keduanya, air adalah keperluan asas untuk manusia hidup. Ini secara langsung meletakkan Kerajaan Pakatan  dipertanggungjawabkan secara syar’i untuk memastikan pengurusan dan bekalan air kepada mereka yang hidup di bawah naungan Kerajaan Pakatan  dapat dipenuhi tanpa kompromi kerana ianya menjadi salah satu daripada hak-hak rakyat yang dituntut dan perlu dilunaskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.


Sebagai ketua negara secara langsung perlu memastikan pengurusan sumber air negara berjalan lancar, memenuhi keperluan rakyat tidak kira di mana mereka berada sama ada di kawasan kering kontang mahupun di kawasan lembah yang kaya dengan sumber air semula jadi. Cabaran-cabaran seperti kemarau di sesuatu tempat bukanlah alasan bagi Kerajaan untuk menidakkan hak mereka yang mengalaminya untuk mendapatkan air. Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tampil dengan jalan-jalan penyelesaian agar keperluan air rakyat dapat dipenuhi 100%. Tanggungjawab Kerajaan Pakatan dalam menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan keperluan air umat adalah wajib dan bukannya pilihan yang boleh dilaksanakan oleh entiti lain. Imam Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar yang mengatakan:

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda.

“Imam menjadi pemimpin manusia, adalah laksana pengembala. Dan hanya dialah yang bertanggungjawab terhadap (urusan) rakyatnya.”


Ulasan Penutup

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengurusan keperluan asas rakyat adalah sesuatu yang amat rumit dan kompleks. Namun ianya tidak sepatutnya dijadikan penentu sama ada urusan-urusan tersebut perlu diswastakan atau tidak. Kapitalisme, pada hakikatnya telah lama menunjukkan wajah sebenarnya yang hodoh, merosakkan kehidupan manusia secara amnya.
 

Penswastaan pengurusan sumber air atau mana-mana keperluan asas rakyat yang lain adalah salah satu mekanisma kapitalis untuk memerah kekayaan yang menjadi hak milik rakyat agar digondol hanya oleh orang-orang tertentu. Pada masa yang sama, golongan bawahan akan terus tertindas dengan pelbagai permasalahan yang timbul sama ada secara langsung atau tidak langsung kesan daripada penswastaan keperluan-keperluan tersebut.
 


Sejarah telah membuktikan bahawa Islam pernah menjadi ideologi unggul yang menjadi kuasa besar dunia. Pada waktu itu, Khilafah menjadi peneraju dalam teknologi pengairan dan bekalan air bersih untuk rakyatnya. Perlaksanaan Sistem Islam yang Kaffah adalah satu-satunya harapan umat Islam dan penduduk dunia pada ketika ini untuk berdepan dengan Sistem Kapitalisme ciptaan manusia yang begitu jelas mempunyai terlalu banyak kecacatan.
 

Pastinya, idea-idea sistem kapitalisme yang pada asasnya mempunyai kecacatan mana mungkin mampu untuk memberikan penyelesaian sempurna untuk setiap permasalahan manusia. Pada mereka yang berpendapat bahawa adalah lumrah bagi sesuatu sistem untuk berubah dan menyesuaikan diri dengan permasalahan terkini, sampai bilakah kita akan terus sanggup menjadi bahan eksperimen tanpa kepastian akan kesudahannya? Sanggupkah kita meletakkan nyawa manusia sebagai taruhan dalam eksperimen-eksperimen yang kita lakukan ini? Jika hari ini, air kita dicemari ammonia, entah esok entah lusa dicemari pula dengan kuman atau virus yang merbahaya!!
 


Memang tidak dapat dinafikan, persoalan pengurusan sumber air adalah rumit namun menurut hukum Islam, pengswastaan bukan jawapannya. Negaralah, dan di dalam konteks penerapan Islam secara kaffah, Nantinya InsyaAllah Kerajaan Pakatan Rakyat  yang bertanggungjawab menguruskan sumber air, pemprosesan serta pengagihannya 100%. Motivasi pengurusan ini hanyalah bersandarkan tanggungjawab Kerajaan yang diwajibkan Allah untuk menyediakan keperluan-keperluan asas seperti air kepada setiap individu rakyat. Semoga Allah menyegerakan berdirinya Pemerintahan Negara dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat agar kesengsaraan yang menimpa umat  akan hilang dan kemuliaan Islam menerangi dunia yang hari ini dipenuhi kegelapan.
Wallahu’alam,

SOURCE : Pelbagai Sumber/My Khilafah.
IMAGE by Google Image.
Editor  by KI Panji-The Author.

 


 

One comment

  1. Karya ini aku dedikasi kan kepada pejuang2 Pakatan Rakyat.Sebagai peniup terompet sangkakala agar perjuangan mesti diteruskan.! Kerana kemenangan telah menghampiri kita.InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s