Pembida LRT-Ampang ; Thales International adalah Konsortium George Kent.



Written by KI Panji The-Author.
          Sebenarnya saya sudah rasa jemu dan muak  menulis tingkah prilaku pimpinan UMNO/BN-yang begitu rakus,tamak-haloba tanpa memperdulikan halal-haram disisi hukum Islam; Apatah lagi mereka-mereka itu umumnya  beragama Islam..Sungguh memalukan anak-bangsa dan agama.!

          Namun atas seruan “Amar Ma’ruf-Nahyi Mungkar serta semboyan perjuangan yang telah di-proklamirkan ; maka hamba nukilkan jua secebis warkah untuk ingatan diri dan anak-bangsa dipersada nusa yang hanya seluas ‘sekangkang kera’ ini,

          Sebagai contoh ; isu yang tengah hangat dari tahun 2011- tentang pembelian syarikat arak ‘san miguel’ oleh anak Mahathir-Mirza- yang saya tulis beberapa minggu lepas baca disini ;
          Dan kini rakyat Malaysia kembali dikejutkan pula dengan skandal penipuan etika tender pembinaan LRT-Ampang Selangor. Belum reda dan selesai kes-kes lama lagi samada yang kategori ‘ikan jerung’ atau kelas ‘bengkarung’ yang failnya masih tertunda untuk dibawa ke mahkamah.

https://i0.wp.com/1-ps.googleusercontent.com/x/www.malaysiakini.com/mk-cdn.mkini.net/497/330x220x7e0ff4b159d409f782fe677dc1d7cb41.jpg.pagespeed.ic.DULHOmTOxN.jpg
(FOTO : Pengarah Strategi PKR- Rafizi Ramli)

    Skandal berkaitan Thales Limited.

         Pengarah Strategi Parti PKR Sdr Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan penglibatan syarikat kontroversi Perancis, Thales International, yang dikaitkan dengan skandal kapal selam Scorpene dalam usaha sama dengan George Kent untuk bidaan projek penyambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.
         Beliau mendakwa Thales adalah sebahagian daripada Konsortium George Kent yang dikatakan telah dianugerahkan kontrak berkenaan.
Pengarah Strategi PKR itu menjelaskan daripada lapan bidaan, tiga daripadanya adalah usahasama antara Thales dengan syarikat lain berdasarkan laporan teknikal yang dikeluarkan oleh perunding Harclow iaitu, George Kent-Wijet-Thales, Colas-CMC-Thales and Samsung-LG-Thales.


        “Daripada senarai pembida, tidak ada satu syarikat pembekal teknologi pengangkutan lain dibenarkan menghantar lebih dari satu bidaan, kecualilah Thales,” kata Rafizi (gambar) dan menambah,”keistimewaan” itu adalah bercanggah dengan “amalan kontrak yang baik dalam proses tender.”
         Rafizi juga mendakwa, beliau tidak menolak kemungkinan “hubungan rapat antara Thales dan Najib telah terjalin sejak pembelian Scorpene lagi.”
Merujuk kepada Thales, Rafizi menjelaskan, syarikat Perancis itu kini masih lagi disiasat pihak berkuasa Perancis atas tuduhan merasuah pihak-pihak tertentu yang rapat dengan kerajaan Malaysia dalam urusan pembelian dua kapal selam Scorpene.
         Beliau juga berkata, dokumen mahkamah Perancis turut menunjukkan syarikat itu telah membuat satu transaksi kepada Terasasi, syarikat yang dikaitkan dengan bekas pembantu Najib, Abdul Razak Baginda.
          Rafizi turut mengulangi dakwaannya bahawa Putrajaya telah mengarahkan projek penyambungan LRT Ampang itu diserahkan kepada George Kent, dan menuduh Najib telah campur tangan selepas konsortium berkenaan tewas bidaan.

         Selasa lalu(10/7/2012), beliau turut mengemukakan bukti salinan surat kebenaran Kementerian Kewangan bertarikh 25 Jun untuk menganugerahkan projek itu kepada George Kent.

          Bagaimanapun, kerajaan masih lagi belum mengumumkan pemenang bidaan kontrak tersebut.
          Keputusan awal Putrajaya adalah untuk menyerahkan projek itu kepada Konsortium Balfour Beatty-Invesys, yang menurut Rafizi lebih layak untuk mendapat kontrak tersebut.
Konsortium British itu adalah pembida terendah untuk projek LRT tersebut melalui tender terbuka yang tamat tempoh bidaan pada 16 Jun tahun lalu dengan nilai bidaan berjumlah RM950 juta berbanding RM1.45 bilion untuk jumlah tertinggi bidaan tersebut.

         Bagaimana Anda !sebagai rakyat Malaysia yang akan menentukan hala-tuju dan nasib anak-bangsa ini dengan izin dan rahmat Nya ; Masihkah akan meyerahkan amanah pemerintahan kepada
UMNO/BN yang hanya memikirkan dan bekerja untuk anak-cucu dan elite kroni disekitar mereka.
‘Na’uzubillahiminzalik.

http://3.bp.blogspot.com/_PUqpQGtb70c/TMudz9D06gI/AAAAAAAAJ1w/EvjVMhgrjOQ/s400/thumbs-umno.gif

Source ; http://wargamarhaen.blogspot.com/Pelbagai Sumber,

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s