FB(RTPJ)YOB TUALANG SEKAH DI serang HACKER.!



Assalamualaikum wm,wb.

Mukaddimah,
Dakwah merupakan amal yang paling utama. Melalui dakwah, Islam dapat tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Melalui dakwah juga, Islam dapat diwariskan daripada satu generasi ke generasi yang lain dan menjadikannya hidup di sepanjang masa. Islam juga dapat ditegakkan secara kaffah di tengah-tengah kehidupan lantaran aktiviti-aktiviti dakwah. Terdapat banyak dalil yang memerintahkan agar kaum Muslimin untuk sentiasa berdakwah. Ganjaran pahala yang disediakan bagi para pendakwah juga amat besar. Antara dalil yang menjelaskan tentang keutamaan dakwah adalah sepertimana firmanNya:
 

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَـلِحاً وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, ‘Sesugguhnya aku adalah daripada kalangan orang Muslim (yang berserah diri)?” [Terj; AlQuran surah; Fussilat (41): 33]

Secara zahirnya, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Alusi, seruan dakwah yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah melalui lisan. Manakala perkataan ilal-Lâh (kepada Allah SWT) di sini bermaksud mengajak kepada tauhid Allah dan taat kepadaNya. Asy-Syaukani dan Al-Jazairi dalam tafsir mereka tidak jauh berbeza dengan pendapat Abu Hayyan Al-Andalusi yang mengatakan bahawa al-du’â ilal-Lâh adalah dengan menyeru kepada Islam, berjihad melawan kaum kafir dan menghentikan perbuatan orang-orang yang zalim. Ini dari sudut seruan ayat tersebut.

Walaupun kalimat “man” dalam ayat ini adalah isim al-istifhâm, menurut Al-Alusi, istifhâm tersebut membawa makna al-nafiyy (penegasan). Ertinya, tidak ada perkataan yang disampaikan oleh seseorang yang lebih baik daripada orang yang menyeru kepada Allah SWT. Menurut Fakhruddin Al-Razi, ini menunjukkan bahawa berdakwah kepada Allah lebih baik daripada  perkara-perkara yang lain.

Aktiviti dakwah melalui Fb dan blog-blog,

Jadi atas seruan ayat dakwah diatas saya tergugah untuk mencoba berdakwah ,Yah dengan sedikit ilmu agama anugerah Ilahi ini.mungkin ada manfaatnya .Namun akhrnya saya  mula mengenali FB dan blog-blog .tanpa diduga sekitar 2010 ada kawan yang add saya ke Parlemen FB-sebuah web yang bicara politik semasa,waktu itu,.lama juga saya disana.Tetapi akhir tahun 2011 PFB bertukar arah politik kepada pro UMNO/BN .padahal sebelumnya dikuasai dan pro Pakatan Rakyat..Entah disebabkan rasa kurang senang penyokong BN/Trooper UMNO/BN.saya dihumban keluar dari PFB..Sebab selama disana beberapa trooper UMNO/BN telah ‘angkat-kaki’ bila berdebat dengan saya( eleeehh bukan belagak yea)!

Begitu pun semasa di PFB,muncul pula sebuah web Fb bernama RTPJ(Road to Putra Jaya)
yang diasaskan oleh Yob Tualang Sekah dan rakan-rakan.

Saya pun dah lupa samada saya add sendiri atau ada sahabat yang add..! Ok tak penting lah tu.Setelah berbulan disana dengan macam-macam cerita-perang debat dengan trooper UMNO/BN dan tidak ketinggalan juga postingan kelakar politik dan pelbagai dinamika nuansa politik.

Yob Tualang yang saya panggil Pak YOB.memang juara dan jaguh dalam berita-berita terbaru dan dengan illustrasi gambar yang sangat menarik audien RTPJ..Walau terkadang saya ada juga berselisih pendapat dengan kawan2 di RTPJ.tetapi itu bagaikan ragam politik didunia nyata.

https://www.irshadmanji.com/sites/all/themes/irshadmanji/images/header_slides/IM-AboutSlideshow-01-Slide1.jpg

Entah dek sibuk tulis artikel sanggahan terhadap kedatangan pejuang feminimisme dan liberalisme Agama bernama Irshad Manji  yang saya posting di blog saya ;
“POEM OF Struggle Archipelago & The World.
(baca disini ;http://guccianothunder.blogspot.com/2012/05/dakyah-feminisme-dan-progresif.html)

maka saya agak kurang singgah di RTPJ.barulah saya perasan kelmaren,kenapa entry Pak Yob tak muncul di’home fb’ aku.saya berbaik sangka saja .mungkin beliau lagi bercuti atau ada kesibukan lain.
Namun saya terperanjat beruk bila saya search kat profil FB Pak Yob..Alangkah terperanjatnya saya .’.hai takkan pak yob delete saya sebagai friends beliau’.Maka sebagai sahabat saya lalu mesej beliau dan ini jawaban beliau ;

Yesterday

KI Panji
Assalamualaikum,Pak Yob..apa khabar?..beberapa hari saya tengok takde entry bro muncul kat ‘home’ saya..! Saya pikir pada mulanya bro berehat mungkin !!! ..,Tp bila saya periksa kat profil bro…Adooooiii.. terperanjat beruk saya .rupanya bro ‘delet’ saya sbgi friends..Maaf bro ,bukan apa-apa ..sbgai sahabat saya nak tanya ???..ada2apa2 ke saya buat salah-telajak kata ke.!
Kalau ada mohon dicerahkan.! rasa macam tak sedap pulak hati saya.!TQ

  • wsalam KI Panji… akaun yob dihack 2 kali. ini akaun ke 3. harap KI panji tolong hebahkan ya… no worries, kita tetap bersahabat..
about an hour ago

KI Panji

Ok..camtu rupanya.!InsyaAllah..Selamat berjuang Pak yob.!


Begitulah perjuangan seorang yang bernama Yob Tualang Sekah..bukan saja Fb nya di hack..bahkan blog nya di blogspot pun pernah di hack musuh politik nya,dek kerana kelantangan dan keberanian nya ‘berkata benar’
Demi seorang sahabat saya telah menulis artikel pendek ini ..sebagai sokongan perjuangan nya di RTPJ atau dimana saja.Moga beliau menjadi seorang pejuang kebenaran yang tegar dan selalu dilimpahi Rahmat Nya.begitu juga hendaknya pejuang-pejuang Pakatan yang lain yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu nama nya.Amin.!
Wallahumusta’an

Written and Editor by KI Panji.
var linkwithin_site_id = 1309459; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s