Kiyai Haji Mahiar, Paranormal "THE RICH AND FAMOUS’"POLITIKUS UMNO/BN.


Nuansa politik di Malaysia yang kini memang tengah hangat-membara  menjelang PRU-13 yang ‘entah bila’ dan adakalanya memualkan kita ,buka saja FB atau blog-blog politik maka kita akan dipertontonkan dengan adegan-adegan seakan seperti dalam sinetron Indonesia,Bahkan pelakon adegan itu bukan hanya orang2 politik partisan ,namun malah dari kalangan cendekiawan dan ulama-ulama pendukung tegar kolaborasi UMNO/BN .Namun sehari dua ini.suasana politik akan bertambah hangat dengan munculnya sebuah buku hasil karya penulis teragung dalm bab-hal politik Malaysia-yaitu S.H.AlAttas atau lebih dikenali dikalangan ahli politik dan penulis dengan panggilan Pak Habib.berjudul ‘Memo untuk Najib’.
Disini saya petik dari blog nya.sebagian dari isi buku tersebut  yang saya rasa sangat menarik.Ok tak perlu lah saya ulas lagi silakan Anda baca.!



by wilhelmina in Uncategorized Tagg; Najib Mati Dijulang ,Hotel Legrandeur,Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia,Nabi Musa a.s, Nabi Ibrahim a.s Nabi Ibrahim a.s Nabi Ibrahim.AS,Nabi Muhammad SAW,RosmahMansor,UMNO/BN,Al-Attas University of Life,


Najib Mati Dijulang

Pada 14hb Feb. 2012 pukul 7.30 pagi, dari kamar 332, Hotel Legrandeur Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia, saya menghalakan pandangan saya ke laut biru yang tenang lagi indah, Subhanallah segala puji bagi Allah, sambil bertafakur saya bermeditasi. “Hadapkanlah wajahmu ke mana saja di situ ada Aku” saya teringat Tuhan Raja Sekian Alam. Banyak sejarah dalam Al-Quran mengenai laut yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pemimpin yang angkuh, kejam dan zalim yang terlupa dengan kekuasaan Tuhan.

Di antaranya kisah Nabi Musa a.s. Macam tak masuk akal macam mana seorang manusia boleh melenyapkan Firaun dan sebuah empayar terbesar di zaman dulu ke dasar laut, tanpa askar atau bom nuklear. Allah kata “kun” binasa musnah kau di dasar laut. Itulah satu-satunya bumi di laut yang pernah disentuh oleh sinar matahari. Anda akan kata itu cuma satu cerita, itu dulu. Apakah anda tak tengok apa yang berlaku di Acheh dan di Jepun akibat tsunami? Berpuluh ribu manusia kehilangan nyawa dan harta benda.

Sepatutnya Nabi Musa a.s. mati kerana Firaun membunuh setiap anak lelaki yang lahir setelah diramalkan oleh ahli sihir ada anak lelaki yang akan menjatuhkannya, inilah akibat lebih percaya cakap bomoh dari perintah Allah. Dia lupa pada qada’ dan qadar, Tuhan boleh buat apa yang dia suka terhadap hamba-hambanya yang menderhaka.

Berpantang ajal sebelum maut. Allah yang menghidupkan dan Allah juga yang mematikan. Bukan semua yang ditimpa tsunami mati, ada yang hidup, suka hati Tuhan siapa yang dia nak matikan biarpun tak masuk akal manusia.

Nabi Ibrahim a.s. dibakar oleh umatnya, tak  hangus, Nabi Yunus a.s. hidup di dasar laut di dalam perut ikan paus, tak mati. Allah sebaik-baik penjaga. Saidina Ali Karamullah wajhah tidur di katil Nabi SAW ketika musuh mahu membunuh baginda, tak mati pun tetapi baginda Ali wafat semasa menjadi khalifah ketika mahu ke mesjid menunaikan solat subuh, baginda tahu siapa pembunuhnya.
Nabi Musa a.s. yang dihanyutkan ke sungai, dijumpai oleh Asiah, antara empat wanita yang termulia di dunia, selain Khadijah r.a., Mariam r.a ibu Nabi Isa a.s. dan Fatimah Az zaharah r.a. puteri kesayangan Nabi Muhammad SAW. Berapa ramai umat Islam yang tahu siapa manusia istimewa ini melainkan mereka yang kenal dirinya maka mereka kenallah Tuhan yang nyata.
Kuasa seorang isteri AMAT BESAR, Firaun pun takut bini, apa hendak heran jika Najib dan para suami kepada ‘first lady’ yang menjadi Firaun moden. Asiah mampu mengenepikan arahan Firaun dan ahli sihir supaya Musa dibunuh, Musa terselamat dan membesar di dalam istana Firaun. Ibunya baik, dapat mendidik anak yang baik. Tafakurlah, takut apa pada manusia? Saya memotivasikan diri saya sendiri, saya mengingatkan diri saya Allah lebih dekat dari urat leher kita manusia. Katakan tempat di mana Tuhan tak ada! Jangan percaya kata-kata Nietzchi ahli falsafah Jerman yang mengatakan Tuhan sudah mati. “If God is your friend who is your enemy?”
Asiah  bukan seperti isteri pemimpin yang percaya pada bomoh kerana emak atau keluarganya suka guna bomoh. Asiah tak mahu bersubahat membunuh anak yang tak berdosa dengar bisikan syaitan kepada bomoh, kenapa mesti dengar bisikan syaitan? Kalau kita percaya pada Allah kenapa percaya pada ramalan ahli sihir? Inilah ajaran sesat lagi menyesatkan. Ramai pemimpin hari ini yang menyimpan bomoh seperti di zaman Firaun membela ahli sihir. Di situlah mula politik pancung memancung dan chah keting.
Akibat tidak mahu taat perintah yang disampaikan oleh Nabi Musa a.s. yang lebih percaya pada ahli sihir, Firaun  dan rakyatnya ditenggelamkan. Inilah   balasan kepada pemimpin seperti Hosni Mubarak, Ali Zainal Abidin Abdullah Saleh, Firaun Moden pemimpin di Timur Tengah yang angkuh, kejam dan zalim yang dipengaruhi oleh wanita pertama (syaitan yang  nyata). Mengucap bro…   Lailahaillallah Muhammadarrasulullah.   Astaghfirullahalazim. Berdosa cepat bertaubat, kalau sakit cari ubat.
Kalau Musa boleh belah laut dengan sebatang tongkat,  apakah tidak mustahil penulis juga boleh membelah gelombang politik dengan sebatang pen, dengan ada kerjasama dari blogger, mereka yang ada Facebook, yang ada twitter? Gua caya lu Brother, dengan hanya sekali klik sahaja Bro, lu dapat menenggelamkan para pemimpin yang angkuh dan zalim. Dan ini pernah terjadi dalam tsunami politik PR ke-12.
Biarpun Firaun Moden fikir mereka mahu jadi si luncai, menipu rakyat terjun kerana ada ratusan juta ringgit di bank luar negara. Apakah mereka boleh selamat? Hidup di dunia pun teruk inikan pula di akhirat. Pencuri tak lenyak tidurnya. Jangan lupa Tuhan ada di mana-mana, begitu juga malaikat maut. Mereka akan diburu ketakutan oleh dosa-dosa sendiri. Cuba bayangkan siapa boleh terfikir Saddam Hussein dan Gadaffi boleh mati dengan cara yang amat dahsyat! Lu fikirlah Bro.
Pelik sungguh, pemimpin terlupa yang sejarah akan berulang, dulu dan hari ini itu juga manusianya, itu juga Tuhannya. Nama dan tempat saja yang berbeza. Macbeth hasil penulisan Shakespeare, tidurnya tak nyenyak kerana telah membunuh. Di mana juga kamu bersembunyi ia tetap bumi Tuhan Yang Maha Kuasa. Allah tidak akan masukkan peristiwa Nabi-Nabi dalam Al-Quran jika ia tidak membawa makna dan pengajaran kepada umatNya manusia. Ayat Al- Quran bukan sekadar tulisan dalam kitab untuk dibaca, disimpan di rumah atau dalam kereta, menunjuk-nunjuk akulah Islam. Pirahhh…

Kenapa tidak mempelajari dan menghayati apa yang tersirat. Al-Quran harus hidup dalam diri kita, di mana juga kita berada. Bukankah Nabi Muhammad SAW itu Al-Quran yang hidup, yang membawa rahmat kepada sekelian alam?

Kita mula baca Al Quran dengan Bismillah Hir Rahman nir Rahim. Dengan nama Allah yang  amat pemurah dan amat mengasihani. Ada ke sifat Tuhan yang pemurah dan penyayang itu dalam diri? Saya tidak merancang di hari berkasih sayang untuk berada di dalam hotel seorang diri, namun biarpun ribuan batu jauhnya dengan Malaysia itu tak bererti saya tidak boleh terfikir tentang Malaysia. Bukan saja kita boleh berfikir tetapi kita boleh melihat apa yang berlaku di seluruh dunia menggunakan telefon bimbit dalam gengaman kita.
Rosmah memang terkenal suka guna bomoh dan ahli sihir, ada orang kata Najib pun dua kali lima. Mengikut cerita kawan saya yang kenalkan dia dengan seorang bomoh sebab itu dia boleh jadi PM.

 

Saya ke Kalimantan untuk mendapat pengesahan betul ke Najib datang ke sini untuk bertemu Haji Mahiar. Tahu siapa Haji  Mahiar. Mengikut cerita dari seorang intelligent, dia ada menyimpan tape perbualan Najib dengan Haji Mahiar, ada menteri yang sanggup bayar 10 juta ringgit Malaysia untuk rahsia yang disembunyikan oleh Najib selama ini. Kalau cerita ini keluar macam missing link yang boleh menghidupkan gambar dalam jigsaw puzzle.
Mungkin Najib rasa yakin nyawa politiknya tidak akan mangkat kerana dia sudah berjumpa dengan Haji Mahiar di Kalimantan Timur. Siapa yang tidak kenal dengan Haji Mahiar yang juga didatangi oleh Bambang Susilo, Taib Mahmud dan orang-orang terkenal lain. Mengikut cerita, Kiai ini untuk ‘the rich and famous’. Jangan lup a Arwah Suharto dulu kononnya ada 1000 bomoh, kiai dan ahli sihir, akhirnya mati di julang politik juga.
Saya berada di Kalimantan Timur kebetulan pada hari Valentine, Hari Berkasih Sayang. Apakah tidak ada lagi sifat kasih sayang di dalam diri para pemimpin kita? Kalau tak ada, maknanya hati mereka sudah kering kontang. Mata hati mereka  sudah buta. Mereka tak nampak penderitaan rakyat yang menjadi tanggungjawab mereka.
Kerana kasih sayang Asiah terhadap seorang bayi, akhirnya Nabi Musa a.s. boleh terselamat dan membesar dalam rumah Firaun. Itulah pentingnya peranan ibu. Kasihnya ibu membawa ke syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Nak tengok perangai anak perempuan, tengok perangai ibunya. Ibunya borek anaknya rintik.  Mustahil anak ular tak pandai membelit, anak jengking kala bila sudah besar tak pandai menyengat. Lu fikirlah Bro.
Kasih sayang itu amat penting. Loving, giving, caring, sharing and forgiving itu yang saya kongsikan dengan siapa saja yang datang ke University of Life. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin akhirnya jadi papa kedana, nak makan pun tak ada kerana Tuhan yang sepatutnya berada dihati manusia puaka dalam diri yang bermaharajalela merompak, menyamun harta rakyat, tak puas-puas seperti orang yang kehausan terminum air laut.
Kenapa suasana sekarang ini amat berbeza sekali , siapa punca Ibu Mithali hingga para ibu hilang rasa kasih sayang terhadap anak yang baru lahir? Bukan kata ibu angkat atau ibu tiri, macam dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah, ibu kandung dalam  masyarakat  pun hilang kasih sayang.  Anak dibuang dalam tong sampah dan dalam tandas.
Wanita Pertama Malaysia begitu angkuh dan kejam terhadap anak perempuannya sendiri bukan lagi satu rahsia, ada yang menggelarnya ‘Betina Puaka’, tak percaya tengok dalam internet. Bila dia berkahwin dengan Najib, perangainya sudah jadi macam si Tanggang. Dulu si Tanggang yang menderhaka pada ibu tidak mahu mengaku wanita itu sebagainya ibunya. Ini ibu yang menderhaka pada anak, apakah balasannya akan diterima dari Allah kelak? Sampai bila kita nak simpan Rosmah ‘BN’ Bini Najib ini sebagai ‘first lady’? Wahai orang UMNO, lu tak takut ke,  kubur kena kencing dengan anak cucu lu nanti?
Macam mana rakyat hendak berkasih sayang sedangkan pemimpin atasan pun tidak berkasih sayang. Hari-hari pemimpin dengan pemimpin bergaduh. Inikah contoh pemimpin yang baik, yang kita boleh jadikan ‘role model’?
Kasih sayang Rosmah yang kita nampak terhadap anak masyarakat sekadar kasih sayang kosmetik. Rosmah sana sini sibuk dengan program Permata dengan kanak-kanak, sana sini buat majlis yang menunjukkan dia mempunyai kasih sayang melimpah ruah tetapi adakah secara realitinya begitu? Lu fikirlah Bro!
Ada berita yang sampai tergolek depan mata saya mengatakan Rosmah tidak mahu rakyat tahu yang sebelum dia kahwin dengan Najib dia sudah ada anak yang besar, dia dulu janda tetapi bukan Janda Baik. Majlis perkahwinannya dan tetamu VIP dilarang menghadiri dan berbagai peristiwa sedih lagi. Kilk kat internet, semua londeh Bro.
 Sementara majlis pertunangan anak Najib pula seperti majlis tilawah Al-Quran meriahnya. Anak Najib dari Tengku Putri bersanding, Najib tak dibenarkan naik merenjis. Yang dia pandai memboroskan wang rakyat berbelanja sesuka hatiya. Orang UMNO ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut mengumpat kat belakang, apa sudah jadi terkena sihir dengan kertas gambar kepala Agung ke?
Adakah kasih sayang itu berkasta-kasta? Sedarkah kita yang “cinta Rasulullah SAW terhadap umat Islam? Ummati ummati (umatku umatku) itulah ungkapan Rasulullah SAW disaat nazak kewafatannya selain disaksikan oleh Jibrail a.s. dikelilingi oleh Fatimah Az-Zaharah, Imam Ali dan cucu baginda, Hassan dan Hussein. Ketua Pemuda di syurga.
Berapa ramai pemimpin yang sentiasa mengingati rakyatnya dan berkata “rakyatku rakyatku? Kalau Rosmah dan Najib, anak sendiri pun mereka tak peduli, inikan pula anak bangsa dan bangsa Melayu. Ke mana Najib hendak bawa Melayu? Dengan adanya 1Malaysia, hidup Melayu mula merapu tak menentu dalam Tanah Melayu yang ditinggalkan oleh tok nenek mereka dulu. Itulah akibat hidupnya pun mengikut nafsu serakah Rosmah. Kasihan UMNO, bahtera ada dua nakhoda, ahlinya membisu seribu bahasa, akhirnya akan ditolak oleh rakyat yang tahu mereka tidak lagi boleh bernaung dibawah payung BN.
Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW penghulu segala rasul tidak boleh dipisahkan, seperti roh dan jasad, dunia dan akhirat. Bila teringatkan Allah di mana juga saya berada, saya akan berselawat. Kerana Allah dan para malaikat juga berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Muhammad SAW ‘role model’ untuk seluruh umat manusia.

Hanya manusia yang bakhil tidak berselawat bila disebut Nabi Muhammad SAW. Mereka yang beriman saja yang akan sentiasa berselawat ke atas Muhammad SAW kerana Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah mereka yang bernama Melayu, boleh jadi Perdana Menteri, jadi Menteri Besar, jadi Raja dan Sultan. Apakah ahli UMNO kita nanti mati semata-mata untuk mengkekalkan dua nakhoda yang bermaharajalela atas bahtera UMNO? Lu Fikirlah Bro.

SOURCE: BUKU “Memo untuk Najib’/
Al-Attas University Of Life.

Written and Editor by Wilhelmina.


var linkwithin_site_id = 870169; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s