R.U.U-Perbadanan Kampong Baru 2011,"Santapan Idaman" Anaconda2 UMNO-88/BN "


(A typical house in Kampung Baru, with the ultramodern Petronas Twin Towers)

by wilhelmina in Uncagetorized Tag; RUU.Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011,Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin,Lembaga Tabung Haji,PNB,Putra Jaya Holding,Permodalan Hartanah Berhad,Bernama Online.

 Kerajaan menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 dan digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011.( Oktober 2011)
 Kerajaan akan memulakan perbincangan lanjut dengan empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai langkah pertama membangunkan semula Kampung Baru di ibu negara setelah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 diluluskan oleh Dewan Rakyat.
.Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pertemuan dengan Lembaga Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Putrajaya Holding dan Permodalan Hartanah Berhad akan diadakan dalam masa terdekat.
“Kita telah mulakan perbincangan dengan mereka sebelum ini… selepas ini kita akan teruskan lagi berbincang untuk pembangunan,” katanya dipetik Bernama Online.
Raja Nong Chik berkata projek pembangunan infrastruktur bernilai RM8.9 juta di kawasan itu sudah dimulakan.
Mengenai status tanah pemilik dan pewaris Kampung Baru, beliau berkata Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta di bawah Kementerian Kewangan akan melakukan penilaian terhadap nilai tanah di situ.
Menurutnya apabila Perbadanan Pembangunan Kampong Baru ditubuhkan, status tanah kawasan itu akan ditukar kepada status Pusat Bandaraya Komersial (CCC) yang setaraf tanah di kawasan pembangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Mengenai tema pembangunan Kampung Baru, beliau berkata Kampung Baru akan dibangunkan dengan mengekalkan ciri-ciri ke-Melayuan dan ke-Islaman.(Bernama Online)

Kampung Baru K.L memang ‘santapan idaman’ para Anaconda Umno-Baru/BN.

Mengikuti perkembangan masalah pembangunan Kampung Baru yang menjadi permasalahan adalah tiada tanda -tanda kejujuran pihak yang akan mengambil -alih pembangunan dikawasan yang satu-satu nya peninggalan ‘pusaka melayu’ berhampiran bandar kosmopolitan Kuala Lumpur,
Mungkinkah penduduk pemilik hartanah bernilai tinggi ini,akan menerima bulat-bulat begitu sahaja tawaran ,atas nilai harga tanah serta jaminan hak-milik yang jelas berat sebelah.Dan penduduk sebagai pemilik sah tanah warisan seakan dipaksa menerima pengambil-alihan pengurusan pembangunan akibat diluluskan RUU/P.P Kampung Baru 2011 tersebut.

Penduduk dan masyarakat melayu Kampung Baru K.L patut mengambil iktibar akan apa yang telah berlaku di Kg Abdullah Hukum Bangsar.Yang menjadikan ‘melayu terpinggir’ akibat kerakusan manusia tamak haloba.
 Kampung Abdullah Hukum iaitu kampung Melayu adalah  sebahagian tanah lot depan TNB Bangsar, di kampung inilah   keturunan Pahlawan kita bernama Abdullah Hukum pernah menetap.. dan Raja Nong Chik and the gang   berjaya menghalau penduduk melayu … tanpa menghormati keluarga asal pahlawan melayu terdahulu… mereka dibayar dengan pampasan serendahnya. Dahulu  terdapat Flat2 Kg Abdullah Hukum kini jadi MId Valley Mall ,itulah tapak  kawasan orang Melayu asalnya.. terjual akibat kerakusan Pemuda UMNO Lembah Pantai… kini nasib Melayu Kg Kerinchi sebahagian telah pun lenyap… esok pula menyusul Kampung Baru K.L.

Sejarah Kampong Kerinchi jadi arsip Wikipedia.

Dan kes terbaru masih panas adalah  perpindahan  tanpa kerelaan penduduk Kg Kerinchi Flats PKNS 4 Tingkat pada (3.4.2012.).Menjadi heboh dan kecoh  dimana mahasiswa reformasi Adam Adli turun membantah dan membantu penduduk yang tertindas dan tertipu telah dimaki -hamun serta dipukul oleh tukang pukul upahan (OKU)Org Kuat UMNO Lembah Pantai a.ka Pengerusi Penduduk En Ahmad (Kalau nama panggilan di Kerinchi Pak Aziz jual nangka) Juga dia lah punca hancurnya  masa depan orang Melayu asal di Kerinchi. Niat  mulanya ingin membangunkan semula Kg Kerinchi tapi cara nya tidak betul.. semua ada komisyen.. dari Pengerusi ke AJK sehinggalah ke pihak2 tertentu seperti Pegawai Pejabat Tanah, DBKL dengan mengguna pertolongan Orang Atasan.. Orang Melayu yg menentang (siapa menentang automatik jd Pembangkang <– tuduhan mereka)..

Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk
Resiko perjuangan membela rakyat tertindas.
Selamat berjuang.Wahai anak muda .!

Sebenarnya pihak pengerusi yg menggunakan penduduk 433 org (yg telah pindah tanpa sebarang agreement yang telus )dan diberi RM5000 setiap pemilik dan kononnya mereka diberi rumah sementara di PPR Pantai Dalam — sedangkan sehingga kini pihak pemaju belum membayar untuk mereka duit rumah sewa DBKL itu dah tertunggak hampir RM2 Juta… Penduduk 433orang tidak tahu dan percaya bulat2 pada pengerusi dan mereka menyalahkan 34 orang yang membantah, mereka 433orang juga diberi upah RM30 seorang dan makan free sebelum membuat huru-hara serta kecoh di Kampung  Kerinchi tersebut.
Inikah nilai bangsaku? 30 ringgit.!Siapalah ‘mastermind dibelakang semua isu ini. Hebat sungguh…!!!

Akta Pengambilan Tanah 1960
Episod pembantahan 34 keluarga, pada Februari 2012, kerajaan telah menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah tersebut dan memaksa penduduk keluar. Penduduk setegas-tegasnya menolak tindakan ini kerana merupakan suatu ketidakadilan dan paksaan.
Ini terbukti melalui kenyataan Menteri YB Senator Raja Nong Chik di media yang menyatakan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk memaksa 34 keluarga tersebut berpindah. Rujukan:

http://www.ntv7.com.my/7edition/feature-news-en/REMAINING_KAMPUNG_KERINCHI_FLAT_RESIDENTS_MAY_FACE_COM

Akibat tamak dan haloba tanpa peduli halal dan haram atau anak-bangsa sendiri dizalimi.Akhirnya   berlakunya Melayu tipu Melayu disebabkan Taikun Kapitalis Hwa-Kiaw  hendakkan tanah itu secara percuma… Salahkah 34 orang pemilik menuntut hak mengikut undang2 Malaysia.??..
Sedangkan Akta Pengambilan Tanah 1960 pun, ‘MEREKA” abaikan dan tidak mengikut prosedur yang betul, Notis Pengosongan iaitu-Borang J tidak dikeluarkan tetapi 34 pemilik telah dihalau dengan secara paksa oleh pihak DBKL dan pejabat tanah.

Mereka kononnya memberi rumah PPR tetapi sehingga kini hanyalah palsu semata2 dan apabila diperiksa, akaun yg diberi kononnya dikeluarkan oleh Raja Nong Chik dan DBKL adalah palsu dan tidak wujud. Untuk pengetahuan , pembangunan semula tersebut pun tidak wujud dalam konsep plan mereka.. ini semua adalah mimpi. Kita merasa  sedih diatas kenaifan penduduk 433 kerana memegang perjanjian yg palsu dan tidak terjamin.

Mereka menandatangani tanpa difahamkan… Mereka kata 34 penduduk yang melewatkan pembangunan tetapi sebenarnya pemaju yg melewatkan… Penduduk 34 meminta pemaju dan pihak raja nong chik mengeluarkan surat bertulis dan sebagainya tetapi sehingga kini pihak pemaju dan pihak terlibat tidak membalas surat. Mungkin mereka takut segalanya akan direkodkan untuk dibawa ke mahkamah..!.

Penolakan Provokasi dan Keganasan yang berlaku pada 3 April 2012
AJK/Penduduk tertindas serta tertipu  juga menolak keganasan dan provokasi yang berlaku pada 3 April 2012. AJK berpendirian bahawa segala perbezaan pendapat harus diselesaikan dengan teratur dan melalui perbincangan.
Pada hari tersebut, pihak AJK telah menjemput YB Nurul Izzah selaku wakil rakyat  mereka, dan NGO Persatuaan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS) untuk membantu. Terdapat pihak-pihak yang menuduh bahawa mereka menghasut penduduk untuk tidak berpindah, tetapi kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, YB Nurul Izzah dan PERMAS telah jauh lama bekerjasama dan membantu AJK dalam kes ini untuk mencari penyelesaian secara aman dan teratur.

Begitulah episode sedih-pilu masyarakat melayu bandar yang ditindas dan ditipu oleh pemimpin yang mereka dambakan selama ini.Namun demi ‘secupak beras’ sanggup jadi ‘baruah’ taikun kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan ‘laba’ perniagaan mereka.

Jawaban semua persoalan tersebut adalah ,kita menyeru semua penduduk yang tertipu dan tertindas terutama masyarakat melayu bandar khusus nya penduduk kawasan Parlimen Lembah Pantai itu agar turun bersama rakyat Malaysia yang ‘peduli bangsa dan keadilan’ untuk Demo Bantah Duduk BERSIH 3.0.di Dataran Merdeka pada 28/April-2012 ini.InsyaAllah.
Wallahu Musta’an.!



SOURCE : Pelbagai Sumber/UncleSeekersBlogspot.com/AJK-Bertindak Kampong Kerinchi.
Written and Editor by Wilhelmina.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s