" RUU KK 2012 -Senjata Ampuh Sekularisme "




BERSIH 3.0 bukan hanya Nasional tapi Global.!

NOTA:
DBKL tak beri 500 ribu rakyat berhimpun
di Dataran Merdeka

menurut DBKL ini kerana Bersih-3.0
bukan aktiviti

alt

by wilhelmina in uncategorized tagg;Bersih-3.0.KUALA LUMPUR, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 ( RUU KK 2012)Security Service Act 1989.United Kingdom (UK),DBKL

 Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 ( RUU KK 2012) telah diluluskan baru-baru ini dengan sebulat suara oleh Dewan Rakyat tanpa pindaan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang baru itu memberi jaminan bahawa seseorang itu tidak akan ditangkap kerana fahaman politiknya.

Tujuan RUU KK 2012 ini digubal adalah untuk mempertahankan Demokrasi Berparlimen daripada sebarang ancaman termasuklah samada ia berbentuk keganasan atau tidak. Tambahannya lagi istilah Demokrasi Berparlimen itu juga digunapakai oleh United Kingdom (UK) iaitu di dalam Security Service Act 1989.

RUU yang akan mengancam penyebaran dakwah Islam ?



Ketika ramai yang mempertikaikan jaminan RUU itu tidak disalahgunakan, persoalan yang muncul disebalik itu adalah; apakah bentuk ancaman yang dimaksudkan itu? Jika ancaman itu termasuk aktiviti selain keganasan, apakah ia termasuk aktiviti dakwah Islam?  Apa yang pasti, RUU KK 2012 itu adalah untuk mempertahankan amalan Demokrasi Berparlimen di Malaysia tanpa mengira bentuk ancaman tersebut. Amalan Demokrasi Berparlimen ini adalah manifestasi daripada fahaman sekularisme di mana manusia memiliki kuasa sepenuhnya di dalam memilih/menentukan peraturannya sendiri di dunia dan agama(Islam) itu hanya untuk urusan-urusan ber ibadat di masjid sahaja.


Perlaksanaan sistem Demokrasi sebenarnya bertentangan dengan prinsip Islam. Ini adalah kerana, umat Islam hanya diperintahkan untuk melaksanakan Sistem Islam dan bukan sistem daripada barat. Jadi, sebenarnya, ancaman kepada Demokrasi berparlimen itu adalah ancaman kepada hagemoni barat yang sedang menguasai sistem yang mengatur masyarakat di Malaysia pada ketika ini. Jika dinilai dengan akal yang jernih sambil membandingkan dengan apa yang ada diajarkan di dalam Islam, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa sistem inilah yang menjadi punca kepada penularan budaya barat seperti pergaulan bebas, minum arak, berjudi dan penyalahgunaan dadah. Jika ada yang mengatakan Demokrasi di Malaysia ini berbeza dengan United Kingdom sambil mendakwa Malaysia mengamalkan ‘Demokrasi terpimpin’ atau ‘Demokrasi Ikut acuan sendiri’, ia sebenarnya menjadikannya lebih zalim kerana slogan-slogan inilah yang memudahkan sistem itu dimanipulasi untuk kepentingan golongan yang memerintah.

Secara umumnya, Perlaksanaan RUU KK 2012 ini akan memudahkan lagi kerajaan membanteras bukan sahaja aktiviti keganasan, tetapi juga dakwah Islam yang menyeru kepada perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh. Di kala seluruh dunia menyaksikan kebangkitan umat Islam untuk mengembalikan Islam ke dalam kehidupan dan RUU ini pula digubal bertujuan untuk menghalangnya, amatlah malangnya bagi umat Islam di Malaysia!, dan jika menyeru kepada kebaikan untuk menegakkan agama Allah itu dikatakan mengancam Demokrasi Berparlimen dan disabitkan kesalahan,

Jadi kita sebagai rakyat yang tiada berdaya akan semakin kuatnya cengkaman pemerintahan Umno Baru 1988/BN untuk mengukuhkan kekuasaan nya.
Bukan saja mereka guna jentera SPR- JPN- Jabatan-jabatan Agama Negeri JAIS/JAKIM/JAWI dsb nya
bahkan Jabatan Pendidikan/Pelajaran negeri/pusat.mereka perkuda tanpa segan-silu.
Maka jawaban kita rakyat yang inginkan keadilan dan ketelusan dalam memegang ‘amanah’ tidak lain untuk kita turun berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka bergabung dalam ‘revolusi suara rakyat BERSIH 3.0.’


Dan ingatan tulus-ikhlas kepada pemimpin Umno-Baru 1988/BN yang tidak mahu peduli ‘revolusi suara rakyat’ maka perhitungan sebenar nanti adalah di akhirat ketika bertemu untuk pengadilan di hadapan Allah SWT.
Wallahumusta’an.!



SOURCE : Utusan Malaysia-/HTM.com./TukarTiub@blogspot.com
Written & Editor by Wilhelmina,

nuffnang_bid = “00420e594db6b513cd24cdc6331ae5f4”; document.write( “

” ); (function() { var nn = document.createElement(‘script’); nn.type = ‘text/javascript’; nn.src = ‘http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js’; var s = document.getElementsByTagName(‘script’)[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s