PARTI BERJASA Keluar Dari ‘Pertapaan Panjang"



Di kala parti-parti utama seperti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat serta pelbagai pihak
sedang sibuk menguruskan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya ke-13,
Bahkan UMNO/BN telah mengerahkan semua ‘jentera perang nya’ SPR-JPN-Kemas-dll.Untuk mula bekerja keras ‘memanipulasi’ pengundi/kawasan serta sempadan mengundi secara ‘halus dan terancang’.

Dan terbaru di Johor -Jabatan Pelajaran Johor/Jabatan Mufti Johor/Jakim/NGO-Muafakat/ISTAC-mem-brainwash guru-guru dan pelajar Islam dengan seminar Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme Serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru? ‘Namun akibat bantahan keras dari pimpinan PAKATAN RAKYAT serta pemuka-pemuka agama lain ;Kristian,Hindu,Budhis,Sikh..Ayat ‘Ancaman Kristianisasi dipadamkan dari tajuk,Bimbang dengan perkara itu, Majlis Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) mengeluarkan rayuan penuh emosi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami gesa anda kotakan kata. Jadilah pemimpin pada kerajaan yang bertanggungjawab, yang melaksanakan apa yang kamu seru. Konsep 1Malaysia yang dilaungkan kini kucar kacir semuanya.”

Parti Siluman Gua Hantu.

 Dibalik kemelut dan perang psikologi oleh UMNO/BN terhadap Parti PAKATAN RAKYAT itu, tiba-tiba muncul pula Parti Barisan Jemaah Islam Se-Malaysia (Berjasa) yang mengumumkan akan
masuk bertanding di dalam pilihan raya yang akan datang pada sidang akhbar baru-baru ini.

Tanpa rasa canggung dan dengan yakinnya Parti Berjasa yang ditubuhkan sejak tahun 1978 dan
mempunyai keahlian seramai 5,000 orang itu mengatakan bahawa mereka akan memenangi
sekurang-kurangnya 20 kerusi yang ditandingi. Ini merupakan suatu jumlah yang cukup besar
sebagai sebuah parti politik yang baru ‘diaktifkan’ semula.

Umum mengetahui bahawa untuk masuk bertanding di dalam sesuatu pilihan raya, seseorang
calon itu memerlukan dana yang bukan sedikit. Walaupun Berjasa mungkin sudah bersedia dari
segi calon yang akan diketengahkan pada kali ini, Persoalan yang muncul adalah dari mana
mereka mendapat dana dan logistik yang lain? Apakah mereka mampu untuk menyaingi
tokoh-tokoh kepimpinan masyarakat daripada parti yang lain semasa berkempen nanti? Mereka
bukan sahaja akan berhadapan dengan populariti calon-calon itu, mereka juga terpaksa
menyaingi kehebatan dan keampuhan jentera parti-parti lawan yang bertanding yang jauh lebih
bersedia dari segi tenaga kerja, dana, dan strategi propaganda sejak hampir setahun lalu.

Keyakinan tanpa pertimbangan realistik mungkin boleh menyebabkan mereka kehilangan wang
pertaruhan dan lebih parah lagi, mungkin mereka akan kembali ke ‘pertapaan mereka’ untuk
lima tahun akan datang tanpa sebarang hasil yang jelas.

Walaupun Datuk Hashim Karim selaku pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya untuk Berjasa
mengatakan mereka akan menjadikan tema berkaitan ‘Islam Sebagai Satu Cara Hidup’ sebagai
asas kempen kali ini dan dilihat seolah-olah berhasrat untuk menjadi ‘kuasa ketiga’ di dalam
pilihan raya di dalam masa terdekat ini, kemenangan belum tentu menjadi milik mereka kerana
mereka harus menyaingi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang dilihat mempunyai jentera yang
lengkap dari segi tenaga kerja dan pengalaman.

Di samping itu; apakah matlamat sebenar Berjasa jika hanya mensasarkan golongan atas
pagar dan bukan kepada umat Islam seluruhnya kerana ini juga dilihat lebih berkemungkinan
besar akan mengurangkan undi kepada PAS. Di dalam kes ini, jika itu berlaku, ia sudah tentu
akan menguntungkan UMNO kerana jika golongan atas pagar yang cenderung kepada
perjuangan Islam memilih Berjasa maka PAS akan kehilangan undi daripada kelompok tersebut
sedangkan undi UMNO tidak berkurang. Jadi, adakah itu sahaja matlamat Berjasa masuk
pilihan raya?

Berjasa perlu memahami hala tuju dan matlamat kewujudan sebuah parti politik Islam.
Matlamat dan objektif perjuangan sesebuah parti politik Islam itu adalah untuk melaksanakan
tugas dan tuntutan dari firman Allah SWT :
”Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah
orang-orang yang berjaya”.[Terj;AlQuran surah;al-‘Imran(3);104]

Inilah tujuan asas perjuangan sesebuah parti politik Islam di dalam hendak mencapai
keredhaan Allah SWT. Berdasarkan ayat diatas, parti politik Islam itu mestilah sebuah ”kutlah”
yang terorganisasi, iaitu ”kutlah” yang berdiri di atas dasar aqidah Islam bukannya berdiri di
atas fahaman dan mabda yang selain dari Islam seperti Kapitalisme, Sosialisme, Patriotisme,
Nationalisme, Sekularisme dan yang seumpamanya. Kutlah itu juga mestilah dipimpin oleh
seorang amir dan ahli-ahlinya mestilah diikat dengan ikatan mabda Islam. Berkenaan
aktivitinya pula, berdasarkan ayat di atas ia menunjukkan dengan jelas bahawa parti politik
Islam itu wajib memikul dan menyeru dakwah kepada al-khayr (Islam) dan wajib melakukan
aktiviti politik (amar makruf dan nahi mungkar). Persoalan yang mungkin turut berlegar di dalam
pemikiran sebahagian umat dan pemerhati politik hari ini ialah, Apakah Berjasa sudah
diperangkap oleh UMNO/BN yang kini begitu terdesak untuk mempertahankan kuasanya?

by wilhelmina in Uncategorized Tagg;Parti Berjasa,MCCBCHST,Kementian Pelajaran JOHOR,JAKIM.NGO MUAFAKAT,Malay Mail,Utusan Malaysia,

SOURCE:Utusan 21/3/2012 , Malay Mail: 21/3/2012/HTM-Online
Editor by wilhelmina.         
[Lambang Parti Berjasa]

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s