“Global March to Jerusalem “For ‘Palestine Land Day’.

PERARAKAN KEMUNCAK

Global March to Jerusalem

Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat

Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

by Wilhelmina in Uncategorized Tag;PERARAKAN KEMUNCAK Global March to Jerusalem Tarikh : 30 Mac 2012, Jumaat Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor,Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia,Jordan, Mesir, Syria dan LebanonAl Quds, Palestin.Palestine Land Day’.

 

Maklumat lanjut di :
017-9720700 Dr Mohd Tahir
018-5771542 Rose Jazimah

 

Masyarakat dunia bakal berarak ke Al Qud, Palestin pada 30 Mac 2012 ini.

 

Tanggal 30 Mac 2012 dipilih kerana ianya merupakan simbolik bagi hari yang bersejarah yang terpahat di memori masyarakat Palestin iaitu ‘Palestine Land Day’.

 

Pada bulan Mac 1976 bermulalah titik hitam dalam kehidupan masyarakat Palestin apabila pihak berkuasa Israel merampas ribuan dunum daripada tanah swasta dan awam di kebanyakan kawasan di bumi Palestin.

 

Rentetan daripada itu, rakyat Palestin mengisytiharkan mogok umum yang pertama kalinya dihadapi oleh pihak berkuasa Israel sejak pendudukan Palestin pada tahun 1948 lalu mereka mula bertindak ganas dengan menakluki lebih banyak perkampungan Palestin, membunuh dan mencederakan ramai orang awam.

Apakah kepentingan GMJ diadakan pada 30 Mac 2012?  Sebagai acara antarabangsa yang melibatkan masyarakat diseluruh dunia untuk menunjukkan perpaduan kita dengan masyarakat Palestin dan untuk melindungi Baitulmaqdis sebagai kota suci.
 

Sehubungan dengan itu, GMJ bertujuan untuk menuntut kebebasan untuk Baitulmaqdis dan masyarakat Palestin disamping bertekad untuk mengakhiri dasar Aparteid dan polisi pembersihan etnik yang memberi kesan mendalam terhadap rakyat, tanah jajahan dan kesucian Kota Baitulmaqdis yang mana merupakan satu jenayah bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, bahkan terhadap semua masyarakat diseluruh dunia.
 

GMJ akan menyatukan usaha-usaha masyarakat dunia secara umumnya dengan membawa amanah daripada dunia untuk menuntut Israel supaya mengakhiri kedegilan mereka dalam mematuhi Undang-undang Antarabangsa dan mengakhiri penaklukan mereka secara haram ke atas Baitulmaqdis dan Palestin secara menyeluruh.
 

GMJ akan menjadi arus perdana dalam perjuangan Jerusalem, bandar yang merupakan kunci kepada keamanan di seluruh pelusuk benua dan dunia. Berbekalkan kesungguhan dan keazaman kami sebagai inspirasi, satu sejarah bakal tercipta dengan terkumpulnya kekuatan dan semangat hasil daripada pemuda dan pemudi yang telah mencetus gelombang revolusi Arab yang telah menumbangkan rejim-rejim yang autokratik.
 

Satu perarakan keamanan akan dianjurkan secara besar-besaran di beberapa buah benua seperti benua Asia, Afrika, Eropah, Amerika dan Australasia untuk bergerak menuju ke Palestin and beberapa negara jiran seperti Jordan, Mesir, Syria dan Lebanon. Setelah tiba di Palestin, perarakan secara aman akan bergerak pula menuju ke Baitulmaqdis atau titik kawasan yang terdekat dengannya. 

Selain itu, demonstrasi secara aman akan diadakan di hadapan kedutaan Israel di pelbagai ibu negara yang terpilih dan seterusnya akan berlanjutan secara besar-besaran di dataran-dataran awam yang utama di bandar-bandar besar di dunia seperti Dataran Tahrir, Mesir.

Mari kita jayakan GMJ di Malaysia .Sebagai langkah besar kita untuk berpartisipasi dan membantu perjuangan rakyat Palestine untuk membebaskan Palestine & AlQuds dari cengkaman Imperialis Zionist Israel.InsyaAllah..WallahuMusta’an.!(Wilhelmina)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s