Back To Basic – Bina Blog

Permulaan aku mengenal apa itu blog dan website ,sangat melelahkan otak.Apa tidaknya dengan pengetahuan yang sangat minim dengan ilmu IT.Tetapi disebabkan aku seorang yg rajin membaca dan belajar dgn bloger-bloger otai.maka Alhamdulillah ada ler sikit2 perubahan nya .walau masih dibawah paras bagus dan cantik
Disini saya coba uraikan asas2 berbloging yang saya pelajari dari bloger2 otai dan masyhur.!

Beza antara web log dan web site secara ringkasnya boleh dibezakan melalui cara berhubung antara blogger dan reader. Web Site tidak menyediakan ruangan komen (comment) manakala bagi blog, komen adalah nyawa blog tu sendiri. Sejauh mana keberkesanan blog dapat dilihat dari banyak sudut tetapi komen adalah yang terpenting. Secara mudahnya, kita boleh katakan, blog melibatkan hubungan 2 hala dalam satu2 waktu yang sama.

Kenapa blogspot bukan wordpress atau pun bukan domain sendiri? dunia-blog-blogger.blogspot.com dipanggil sebagai subdomain iaitu sub kepada domain asal, blogspot.com. Bagitu juga sekiranya memilih wordpress.com. Sekiranya ingin memilik domain sendiri seperti contohnya, dunia-blog-blogger.com, anda perlu membeli domain ini terlebih dahulu dengan domain provider atau parking sekiranya telah dibeli dan anda juga memerlukan hosting sendiri.

Blogspot seolah-olah linux dan wordpress seperti window sebagai perbandingan untuk kebebasan mengedit. WordPress tidak membenarkan iklan diletakkan di blog percuma, manakala blogspot anda bebas. Template blogspot juga bebas diedit sesuka hati tetapi wordpress tidak boleh, hanya boleh menggunakan template yang sedia ada begitu juga dengan wordpress.org

Tetapi, umum mengetahui wordpress lebih mesra SEO berbanding blogspot, apakah SEO? SEO = Search Engine Optimazation ( Pengoptimum Enjin Carian) yang berkait rapat dengan SERP = Search Engine Ranking Pages, kedudukan sesuatu blog dalam carian di Search Engine (SE), ok jadi SE,SEO dan SERP perlu dipahami supaya mudah untuk memahami penjelasan otai2 blogger di blog mereka.

sebagai contoh SERP, taip perkataan blog terkenal di google.com.my, akan keluar seperti dibawah (21/10/2011, 21.12pm)
http://www.google.com.my/search?gcx=c&sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=blog+terkenal

Ini lah yang dikatakan dengan SERP, keyword untuk SERP ini ialah blog terkenal, jadi untuk mendapat kedudukan di 10 terawal di setiap carian, sesebuah website itu perlulah mesra SE dan memerlukan SEO. (Lupakan iklan berbayar, kadangkala ada yang duduk diatas bagi sesetengah carian kerana mereka membayar kepada google untuk berada di atas sesetengah carian bagi kata kunci (keyword) tertentu)
Jadi begitulah sedikit ilmu yang aku dapat dari bloger2 otai,walau ada yg isinya berupa copy-paste dari thread mereka,moga bermanfaat adanya..
(Terimakasih kepada bloger2 yang memberi tunjuk-ajar kpd saya yang tidak dapat saya tuliskan nama anda satu-persatu)

Share this on Facebook
Tweet this

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s