Asas penting dalam SEO,

Share this on Facebook
Tweet this

Setelah anda fahami serba sedikit tentang beza web-log dan web-site,maka kini saya coba uraikan tentang SEO,yang sangat penting untuk anda berblogging lebih mantab,Walau pengetahuan saya ini yg hanya baru dalam taraf belajar.
Mudah2an dapat kita share bersama manfaat nya.
Kita fahami semula maksud SEO. SEO diperlukan untuk SERP di SE, huraian dia dalam entry asas blog blogger. Jadi apakah langkah asas atau lebih baik kita katakan Onpage SEO. Hari ni aku nak cuba huraikan maksud SEO dan bahagian2 dalam SEO sendiri.

Apakah SEO – SEO ialah singkatan bagi Search Engine Optimization ataupun Mengoptimumkan Enjin Carian. Kenapa perlu SEO untuk blog atau laman web, apakah maksud sebenar disebalik mengoptimumkan enjin carian atau SEO, kesan SEO dan kebaikkan SEO. Penuh dengan pertanyaan SEO.

Back to basic,

Blog dibina untuk meluahkan pendapat atau informasi kepada pembaca, jadi semakin ramai pembaca semakin bagus blog itu dan perjalanan keluar masuk pembaca itu kita panggil dengan nama trafik. Bagaimana cara untuk seseorang itu sampai kepada blog kita, sudah tentu melalui enjin carian seperti google, yahoo dll atau pun melalui website/blog lain yang mengandungi url blog kita,

Url ialah Uniqe Resouce Locator seperti contoh http://google.com/

Jadi secara tak langsung, itu membuktikan pengunjung ke blog kita hanya akan sampai melalui enjin carian dan url blog kita di website lain, masih adakah cara lain untuk pengunjung sampai ke blog kita, kecuali dia terus menulis url di adress bar browser masing. Url blog kita yang ditinggalkan di website lain2 di panggil sebagai backlink, atau incoming link atau inbound link.

Jadi, cara untuk memanggil trafik atau pembaca datang ke blog kita dengan search engine dan backlink, dan ini merupakan konsep asas didalam SEO, jadi membincangkan tentang SEO amat penting bagi blogger2 yang mengetahui kepentingannya.

asas seo

SEO dibahagikan kepada 2 bahagian besar yang penting dipanggil:(sekedar rumusan saya)

1. Onpage SEO – Yaitu mengoptimumkan blog dari dalam dengan cara memilih keyword, nama domain, tajuk blog, isi kandungan dan meta tag yang sesuai dan selalu dicari oleh pembaca. Onpage SEO lebih kepada mengubah suai blog kita sendiri dari dalam. Pekara ini penting untuk diindex di enjin carian.

2. Offpage SEO -Yaitu meninggalkan Url/link blog di mana2 sahaja, pembaca yang datang dari link yang ditinggalkan kita di panggil backlink dll. Kebiasaanyan offpage SEO dibuat dengan submit url ke enjin carian, meninggalkan komen di blog lain dengan meninggalkan link kita, komen di shoutbox, articel directory, ping blog dll. Secara asasnya cara ini ialah menggalakkan laluan masuk dari website/blog lain ke blog kita.

Sehingga ni sahaja pengenalan kepada asas penting dalam SEO, tujuan aku buat post ini untuk memperkuatkan ilmu yang aku pelajari dan juga untuk berkongsi, bukan untuk mengajar kerana aku tidak pandai, mana yang baik kita sama2 kongsikan.

5 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s